web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bimbang Rumah Dimasuki Pencuri, COVID-19, Antara Punca Usaha Menyelamat Mangsa Banjir Sukar - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 2:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan mangsa banjir berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana bimbang rumah mereka dimasuki pencuri antara punca usaha menyelamat mangsa bencana itu di Selangor berdepan kekangan dan kelewatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata punca lain situasi itu adalah penduduk memberikan alasan bahawa PPS disediakan agak jauh dari kediaman mereka.

“Mangsa banjir turut memaklumkan bahawa mereka ingin menyelamatkan harta benda masing-masing terlebih dahulu, selain bimbang risiko jangkitan COVID-19 di PPS.

“Berikutan itu, apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap dan memerlukan pertolongan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaan Bencana Banjir Penghujung 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan terperangkap di jalan utama sehingga menghalang misi penyelamat memasuki kawasan perumahan.

Malah, katanya, ada keadaan aset menyelamat terpaksa dipikul ke kawasan terlibat demi memastikan misi membantu mangsa mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

 Ismail Sabri pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
Ismail Sabri pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

“Selain itu, bot penyelamat sukar untuk bergerak di dalam kawasan banjir kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas.

“Kelewatan kerja menyelamat juga disebabkan alamat rumah diberikan pemanggil tidak dapat dikenal pasti kerana sudah ditenggelami air,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, banjir di Selangor yang bermula pada 18 Disember lalu diakibatkan jumlah purata taburan hujan luar biasa, iaitu 380 milimeter pada hari tersebut yang menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan.

Jelasnya, pada masa sama, kejadian air pasang mengakibatkan banjir ini bertambah lebih buruk sehingga menjadi bencana.

“Berikutan keadaan banjir luar biasa tidak disangka ini, situasi kelam kabut pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor, sekali gus mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana kompleksiti banjir bandar (urban flooding).

“Malah, pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan ketara pada hari kedua dan ketiga, sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad