web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Bawa 27 Pendatang Tanpa Izin Karam Di Teluk Ramunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 11:03AM

Antara PATI yang ditemui selamat dalam insiden bot karam di Teluk Ramunia, Pengerang. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebuah bot yang membawa 27 pendatang tanpa izin karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata dalam kejadian itu, seramai 19 orang ditemui selamat terdiri daripada 10 wanita dan sembilan lelaki, manakala dua wanita ditemui lemas.

“Baki enam orang mangsa masih hilang di laut. Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Johor Bahru (MRSC) telah mengaktifkan OP CARILAMAT pada jam 6.40 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata terdahulu, pada jam 3.45 pagi radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia telah mengesan satu sasaran yang mencurigakan sedang bergerak dari perairan Pulau Bintan, Indonesia menuju ke perairan negara, dan telah menyalurkan maklumat kepada aset Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Indera Sakti yang sedang dalam penugasan Op Benteng.

Berikutan itu, TLDM telah mengesan bot berkenaan pada jam 4.10 pagi dan didapati bot tersebut bertindak melarikan diri secara agresif dan merbahaya sebelum karam di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia pada jam 4.50 pagi tadi.

Ini merupakan kejadian kedua bot karam dalam minggu ini sahaja melibatkan ramai pendatang tanpa izin lemas.

Tiga hari lepas, seramai enam wanita warga Indonesia lemas manakala tujuh terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Pontian Besar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bot Jabatan Perikanan, 4 Kru Dipercayai Hilang

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bot Karam: Seorang Mangsa Ditemukan Selamat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi