web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Karam: Seorang Mangsa Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 7:26AM

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari mangsa bot karam di perairan berhampiran Pulau Kendi semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang daripada empat kru bot warga Indonesia yang dilaporkan hilang Rabu lepas selepas bot dinaiki mereka karam di perairan ditemukan selamat di pantai Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Zulham Efendi Marwani, 31, berkata beliau terapung di laut sejak Selasa lepas apabila bot kayu dinaikinya karam dan bergantung nasib dengan jaket keselamatan serta hanya meminum air laut untuk meneruskan hidup.

"Saya hanya fikirkan keselamatan sahaja dan sentiasa berdoa semoga selamat sama ada dibantu bot lain atau berjumpa kawasan pantai. Alhamdulillah akhirnya saya terdampar di pantai di sini (Pulau Kendi) dan sebuah bot nelayan membantu.

"Bot kami keluar dari jeti Tanjung Balai Asahan, Indonesia sejak Sabtu lepas dan sebenarnya mahu ke Satun, Thailand untuk mengambil barangan antaranya bawang dan buah-buahan namun bot yang dinaiki karam pada 12 Julai,” katanya yang ditemui di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin di Batu Uban di sini semalam.

Zulham Efendi berkata ketika kejadian, terdapat lima kru termasuk seorang nakhoda di dalam bot berkenaan dengan kesemuanya sempat memakai jaket keselamatan.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima laporan pada 7.50 pagi semalam daripada bot nelayan tempatan yang memaklumkan menjumpai individu lelaki berada di pesisiran pantai Pulau Kendi.

Beliau berkata Zulham Efendi dijumpai dalam keadaan lemah sedang meminta bantuan dan keadaan mencurigakan di kawasan pantai itu sebelum dipindahkan ke bot APMM seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

"Hasil keterangan awal, Zulham Efendi memaklumkan bahawa dia merupakan warga Indonesia serta seorang daripada kru bot yang karam dalam operasi mencari dan menyelamat yang diaktifkan sejak Rabu lepas,'' katanya.

Menurutnya mangsa pertama yang terselamat iaitu Aswin, 43, telah diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang Bambang Suharto pada 10 pagi semalam.

Semalam, Aswin ditemukan terapung di kedudukan lebih kurang 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi, Balik Pulau dekat sini pada 12.25 tengah hari oleh bot nelayan sebelum dia diserahkan kepada APMM Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi kru bot yang ditangguhkan pada 7.30 malam tadi akan bersambung pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan