web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sempadan Sabah Masih Ditutup Untuk Pelancongan Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 9:02PM

Gambar fail menunjukkan keadaan di sebuah pantai di Kota Kinabalu sebelum penularan COVID-19. Bagaimanapun disebabkan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat, pintu sempadan Sabah masih ditutup. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pintu sempadan Sabah masih ditutup untuk aktiviti pelancongan antarabangsa ekoran perkembangan terkini kes COVID-19 di peringkat dunia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pihaknya perlu meneliti pelbagai aspek sebelum melaksanakan sebarang keputusan pembukaan semula sempadan antarabangsa Sabah sepenuhnya.

“Memang terdapat permintaan daripada beberapa pihak untuk membuka sempadan antarabangsa Sabah, khususnya membabitkan pelancong dari China.

“Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa China juga mengambil pendekatan lebih ketat membabitkan pembukaan sempadan antarabangsa mereka,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Masidi Manjun
Masidi Manjun

Masidi turut meminta pihak berkaitan membuat pertimbangan di luar konteks industri pelancongan, termasuk mengambil kira aspek kesihatan masyarakat.

“Kita tidak mahu disebabkan ghairah menjana pendapatan menerusi pelancongan antarabangsa, ia meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat tempatan.

“Saya berharap orang ramai, khususnya pemain industri ini terus bersabar dan fokus kepada pelancongan domestik yang turut boleh memberi pulangan pendapatan kepada negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, sekiranya hanya 30 peratus daripada 2.7 juta pelancong domestik ke Sabah, jumlah itu membabitkan 881,000 orang.

“Bilangan ini membolehkan pulangan pendapatan sehingga RM2 bilion kepada industri pelancongan Sabah dalam tempoh setahun,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek