web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah 2 Tahun Pindah Lebih RM200,000 Baru Sedar Ditipu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 5:31PM

Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang penyelia syarikat swasta di Bentong kerugian lebih RM200,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan terbabit pada tahun 2020, memaklumkan terdapat bungkusan dialamatkan atas namanya.

Jelasnya, suspek mendakwa bungkusan itu mengandungi kad pengenalan mangsa dan dadah, sebelum bertindak menyambung panggilan itu kepada ‘pegawai polis’ yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sabah untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Mangsa kemudian dituduh mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Justeru, pegawai polis itu meminta mangsa memindahkan sejumlah wang untuk menutup kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa bersetuju dengan tuntutan itu dan memindahkan sejumlah wang ke akaun diberikan suspek bagi mengelakkannya ditahan.

Katanya, mangsa melakukan 20 transaksi sejak November 2020 hingga awal Januari 2022 membabitkan jumlah keseluruhan RM263,000.

Beliau berkata, semua transaksi dilakukan mangsa melalui pindahan wang dalam talian, selain mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands di Bentong.

“Transaksi itu dibuat ke pelbagai nombor akaun diberikan suspek. Mangsa hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas kira-kira dua tahun melakukan pemindahan wang itu.

“Selepas menyedari menjadi mangsa ‘scam’, dia tampil membuat laporan polis di IPD Bentong, semalam,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kes dipercayai membabitkan sindiket ‘Macau Scam’, seorang ahli perniagaan mengalami kerugian RM170,000 selepas menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Menurut Mohd Wazir, suspek memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak, selain dikatakan terbabit dalam aktiviti penjualan dadah dan penggubahan wang.

“Suspek yang menyamar sebagai pegawai LHDN kemudian menyambungkan panggilan kepada ‘pegawai polis’. Mangsa diarahkan memasukkan sejumlah wang bagi menutup kesalahan itu.

“Bagi memudahkan urusan pemindahan itu, mangsa diminta menyerahkan kod pengesahan transaksi (TAC) kepada suspek. Selepas memberikan kod itu, mangsa menyedari wang berjumlah RM170,000 miliknya lesap,” katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan polis di IPD Bentong, semalam.

Katanya, polis sudah merakam percakapan kedua-dua mangsa dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Getaran, 19 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad