web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Imigresen Tahan 14 Warga Asing Terlibat Kegiatan Pelacuran Di Subang Jaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 2:16PM

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan. - Gambar ihsan Jabatan Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 13 wanita dan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam serbuan di dua hotel bajet di Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang terdiri daripada 12 wanita warganegara Thailand, seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki Britain berusia 21 hingga 69 tahun ditahan pada 8.45 malam menerusi Ops Gegar yang dijalankan serentak di kedua-dua premis.

Beliau berkata pihak Imigresen turut mengeluarkan notis hadir memberi keterangan kepada tiga pelanggan lelaki tempatan dan hasil risikan mendapati premis itu dikunjungi pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan asing.

“Pakej perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM200 hingga RM270 bagi tempoh 45 minit dan RM950 bagi langganan ‘outcall’ bermula dari 10 malam hingga 7 pagi.

“Pelanggan membuat tempahan melalui laman sesawang dan Telegram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata semasa serbuan, kesemua wanita berkenaan enggan membuka pintu bilik dan membuat provokasi serta memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

Beliau berkata serbuan turut menemukan sejumlah kondom dan cecair pelincir bagi tujuan layanan seks.

Katanya semua mereka dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil, di sini untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

4

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad