web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Karam Di Pontian: 6 Selamat, 7 Pendatang Asing Dipercayai Hilang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 5:33PM

Antara mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam dipukul ombak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Enam pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditemukan selamat, manakala tujuh lagi dipercayai masih hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak kuat di perairan Pontian, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Nurul Hizam Zakaria berkata Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan enam individu iaitu empat wanita dan dua lelaki telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.3 barat daya Pontian Besar, pada 10 pagi tadi.

Beliau berkata mengikut maklumat awal daripada mangsa yang terselamat, bot yang  dinaiki membawa 13 orang termasuk tekong.

“Sehubungan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada 10.20 pagi tadi yang pangkalan hadapan Operasi Carilamat itu dari Jeti Persatuan Nelayan Pontian,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah menggerakkan sebuah pesawat AW139 dan bot KILAT 12 bagi melakukan pemantauan untuk mencari baki mangsa yang hilang.

Nurul Hizam berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan aset daripada agensi lain bagi membantu Operasi Carilamat itu.

Beliau berkata kesemua enam mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 3,000 Rakyat Sambut Sultan Ibrahim Pada Jamuan Teh Di Pontian

4

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Kru MT Pablo Tidak Ditemui Dalam Kapal

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 46 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad