web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Pembalakan Di Hutan Simpan Kledang Saiong Akan Disiasat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 8:16AM

Saarani bercakap kepada media pada Majlis Santai bersama Menteri Besar di Dewan Azumu Halaman Meru semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menyiasat gambar tular baru-baru ini yang mendakwa berlaku aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan aktiviti itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah gambar lama.

“Saya nampak ini macam gambar lama dan kalau betul cerita baharu maka Jabatan Perhutanan akan buat siasatan. Kita kena tengok kesahihannya sebab tidak pasti betul atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Doa Selamat dan Santai Bersama Menteri Besar Perak dan Penyerahan Kit Kebun Kita kepada petani di sini hari ini.

Baru-baru ini tular beberapa gambar di kawasan hutan menunjukkan batang-batang pokok ditebang dan ditarah didakwa berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Beliau berkata jika wujud pembalakan haram, tindakan undang-undang sewajarnya boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.

“Kalau betul ia berlaku dan dia (pihak terlibat) didapati mencuri balak, besar hukuman dia, dia boleh didakwa dan dihukum.

“Kawasan pembalakan perlu lesen yang dikeluarkan berasaskan kepada kelulusan yang dibuat oleh jawatankuasa hasil hutan.

“Ia diluluskan, baru dia dapat lesen kemudian baru dia bawa keluar kayu. Kalau tiada, itu dikira mencuri kayu,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai arahan pengosongan tanah kepada petani di Kanthan dan Tanah Hitam, Chemor di sini oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Saarani berkata pihaknya sedang menunggu arahan mahkamah.

“Ia sudah menjadi kes mahkamah jadi tunggu arahan mahkamah. Perundingan telah dibuat tetapi tidak nampak jalan untuk mereka selesaikannya secara rundingan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menyediakan prasarana di kawasan itu termasuk membangunkan Silver Valley Technology Perak (SVTP) berikutan banyak permintaan diterima daripada pelabur luar.

Katanya SVTP merupakan satu daripada taman perindustrian yang dicadangkan untuk kegunaan pelabur dan pembangunannya akan disegerakan mengikut jadual kerana ia adalah permintaan dan keperluan.

SVTP merupakan satu taman perindustrian baharu di Chemor dan dijangka memacu sektor pembuatan berteknologi tinggi serta bertindak sebagai pemangkin Revolusi Industri 4.0.

Isu pengusiran petani di Kanthan dan Tanah Hitam pernah dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Disember lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad