web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera Akan Pacu Transformasi LTAT

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan ke atas Akta Tabung Angkatan Tentera (TAT) akan memacu transformasi dan memperkukuh tadbir urus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam kenyataan pada semalam, LTAT menjelaskan langkah itu juga akan menambah baik kerangka pelaburan mengikut pelan Perumpukan Aset Strategik (SAA).

“Kerangka ini akan menjamin pulangan yang mampan dan kompetitif kepada pencarumnya, yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” menurut LTAT.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman berkata sejak Jun 2021, LTAT telah memainkan peranan aktif dalam menerajui sesi libat urus bersama pihak berkepentingannya agar transformasi LTAT diselaraskan dengan teras Pelan Tindakan 2022 (PT22) Kementerian Pertahanan.

“Sinergi bersama Kementerian Pertahanan ini amat penting agar transformasi LTAT dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mengukuhkan perlindungan sosial serta menjamin kelangsungan hidup masa hadapan anggota tentera,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan dasar pindaan Akta TAT telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lepas dan Kabinet telah memberi kelulusan secara prinsip serta perkara itu akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda pada tahun ini.

Menurut LTAT, antara inisiatif penambahbaikan Akta TAT yang akan memberi manfaat kepada pencarumnya adalah pindaan di bawah Seksyen 12 yang akan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka setelah bersara, dengan baki yang masih tersimpan dalam LTAT layak menerima dividen.

“Selain itu, pindaan di bawah Seksyen 15 pula akan memastikan pelaburan yang dijalankan LTAT adalah berdasarkan kerangka SAA serta polisi pelaburan bagi memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan mampan kepada pencarum,” jelasnya.

LTAT menambah, ia juga membawa kepada mewujudkan peruntukan seksyen baharu bagi mendapatkan jaminan kerajaan ke atas simpanan persaraan pencarum LTAT. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

LTAT Akan Ambil Alih Baki Saham Dalam Boustead Plantations

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar