web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID: Malaysia Rekod Trend Peningkatan Kes Pada Minggu Epidemiologi Ke-2

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 9:23PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan trend peningkatan terhadap purata kes aktif COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi kedua (ME 2/2022) dari 9 hingga 15 Januari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata purata kes aktif meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada 39,507 kes pada ME 2/2022 daripada 38,581 kes pada ME pertama (ME 1/2022) (2 hingga 8 Januari).

“Peningkatan 0.7 peratus turut direkodkan ke atas kes baharu iaitu daripada 21,859 kes (ME 1/2022) kepada 22,006 kes (ME 2/2022).

“Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 11.3 peratus dengan 126 kematian pada ME 2/2022 berbanding 142 kematian pada ME 1/2022. Penurunan ini dicatatkan mulai ME 52/2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan lapan peratus kepada 185 kes (ME 2/2022) berbanding 201 kes (ME 1/2022), dengan penurunan berterusan secara konsisten itu dilaporkan sejak sembilan minggu lepas pada ME 45/2021.

Beliau berkata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 18.1 peratus kepada 68 kes (ME 2/2022) berbanding 83 kes (ME 1/2022), dengan purata itu kekal menunjukkan penurunan sejak 21 minggu lepas pada ME 33/2021.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 15 daripada 43 kluster baharu yang dilaporkan pada ME 2/2022 melibatkan pusat pendidikan, 10 (tempat kerja), sembilan (komuniti), lima (kumpulan berisiko tinggi), tiga (import) dan satu (keagamaan).

“Kluster pendidikan dan kluster komuniti meningkat secara mendadak sebanyak 400 peratus dan 350 peratus pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022 susulan pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh negara bermula pada 9 Jan lepas.

“Peningkatan kluster pendidikan perlu diambil serius oleh semua pihak kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan lebih meluas dalam kalangan pelajar, guru, pekerja di institusi pengajian, ahli keluarga mereka dan seterusnya merebak ke komuniti,” katanya.

Mengenai kapasiti hospital, Dr Noor Hisham memaklumkan penggunaan katil bukan ICU dan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menunjukkan peningkatan pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022, sementara penggunaan katil ICU dan alat bantuan pernafasan pula menunjukkan penurunan dua peratus dalam tempoh sama. 

Sementara itu, sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang peningkatan kes dalam masa terdekat susulan kebolehjangkitan tinggi bagi varian Omicron, beliau berkata Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menggunakan hospital daerah sebagai hospital hibrid untuk merawat pesakit COVID-19 kategori satu hingga tiga.

Selain itu, KKM juga bersedia merujuk pesakit COVID-19 kategori empat dan lima ke hospital berpakar; dan pesakit COVID-19 yang stabil pula akan dipantau di rumah melalui Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sehingga selesai tempoh pengasingan; selain akan menggunakan ubat antiviral yang dikenal pasti lebih awal di peringkat CAC dan PKRC. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi