web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggal Kepala Ibu, Penganggur Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 3:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat Kuala Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya berusia 28 tahun pada kira-kira 5.45 petang.

Beliau berkata anggota polis yang tiba di rumah tersebut menemukan mayat seorang wanita di ruang tamu selain terdapat kesan darah di dalam rumah.

“Kejadian disedari oleh seorang anak mangsa yang pergi ke rumah berkenaan selepas gagal menghubungi mangsa. Apabila sampai di rumah, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut dengan kehadiran seorang daripada adik-beradiknya itu terus melarikan diri ke belukar di belakang rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata suspek yang bersembunyi di dalam belukar tersebut kemudian berjaya ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Ramli pihaknya merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian, yang ditemukan di tandas rumah tersebut.

Beliau berkata suspek menetap di rumah itu bersama ibu dan bapanya manakala adik-beradik lain menyewa di kawasan berhampiran.

“Hasil laporan awal ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif terhadap methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Suspek kini direman hingga 22 Januari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran