web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantuan Banjir: Permohonan MUDA Ditolak, Maklumat Tak Lengkap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 3:56PM

Team MUDA Johor membantu kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa-mangsa banjir di Mukim Lenga, Muar. - Gambar dari Twitter @teammudajohor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Maklumat permohonan perkhidmatan pembersihan rumah dan sumbangan keperluan mangsa banjir di Muar yang dikemukakan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) adalah tidak lengkap, sekali gus menyebabkan permohonan bantuan mereka ditolak.

Pejabat Daerah Muar dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Muar menerima permohonan daripada MUDA pada 12 Januari lepas, namun tiada lokasi spesifik khidmat pembersihan dan lokasi pemberian sumbangan serta senarai serahan nama dinyatakan.

Menurut kenyataan itu permohonan MUDA untuk melaksanakan perkhidmatan mereka adalah pada hari ini dan esok (15 dan 16 Januari), yang meliputi kerja-kerja pembersihan tiga buah rumah dan pemberian 20 set sumbangan barangan keperluan, serta melibatkan tujuh petugas.

“Untuk permohonan memberi keperluan rumah, PKOB telah meminta senarai serahan nama, ini untuk memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan seragam dan jenis keperluan yang sesuai.

“Sehingga 13 Januari lepas, bantuan keperluan juga sudah melebihi keperluan dan disimpan di stor PKOB. Oleh itu permohonan ini adalah tidak lengkap dan pihak PKOB juga telah meminta agar maklumat serahan nama dan lokasi diberikan,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Daerah Muar itu.

Menurut kenyataan itu, PKOB MUDA kemudiannya memutuskan tiada keperluan permohonan dipertimbangkan kerana kerja-kerja pembersihan telahpun berkurangan, yang dilaksanakan oleh seramai 425 sukarelawan ‘Southern Volunteers’ dan 300 orang daripada pelbagai jabatan serta agensi.

“Pada 14 Januari juga, jumlah sukarelawan akan dikurangkan kepada 50 sukarelawan sahaja, sementara MUDA pula adalah untuk 15 dan 16 Januari,” menurut kenyataan itu lagi.

Pejabat Daerah Muar menjelaskan selain MUDA, terdapat empat lagi permohonan pembersihan kawasan kediaman yang turut ditolak atas sebab sama, dan pemohon memahami situasi semasa yang semakin baik serta tiada keperluan untuk diadakan pembersihan.

Justeru itu, Pejabat Daerah Muar dan PKOB amat kesal dengan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Facebook beliau pada 13 Januari, yang disifatkan sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada 13 Januari, Syed Saddiq menerusi siaran langsung di Facebook beliau, telah mempertikaikan mengenai permohonan bantuan MUDA yang ditolak oleh Pejabat Daerah Muar. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi