web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah 526 Kali

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 9:00PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarkan kekerapan penerbangan ke negeri itu ditambah kepada 562 kali seminggu, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata, keputusan itu diambil selepas negeri berkenaan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Januari lalu. 

Katanya, kebenaran itu turut diberikan susulan permintaan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan jumlah kes harian positif COVID-19 rendah di negeri terbabit, selain sebagai mempromosikan industri pelancongan.

“Dengan penambahan kekerapan penerbangan ini, JPBNS mengarahkan semua syarikat penerbangan beroperasi mengikut waktu asal dan menurunkan kadar tambang,” katanya hari ini.

Kim Shin berkata, pengurusan syarikat penerbangan diingatkan supaya hanya membenarkan penumpang yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 menaiki pesawat.

Datuk Seri Lee Kim Shin
Datuk Seri Lee Kim Shin

“Ini sangat penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) baharu JPBNS dipatuhi demi mencegah penularan COVID-19,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan penumpang penerbangan dalam kalangan penduduk tempatan atau pelawat ke Sarawak untuk mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPBNS.

Ketika ini, kekerapan penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching meningkat daripada 149 kepada 279 kali seminggu.

Manakala, kekerapan penerbangan ke Miri ditambah daripada 61 kepada 127 kali, Sibu (45 kepada 83), Bintulu (38 kepada 59), manakala Limbang dan Mulu kekal tujuh kali bagi tempoh sama. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad