web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ada Rekod Jenayah, Dikehendaki Polis Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 8:17PM

Kedua-dua lelaki ditahan dalam dua operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor. - Gambar ihsan Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga tempatan yang mempunyai rekod jenayah dan tersenarai sebagai individu dikehendaki polis ditahan malam semalam.

Mereka yang masing-masing berusia 24 dan 44 tahun ditahan dalam dua operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor di sekitar daerah ini pada kira-kira jam 7 malam.

Pemangku Ketua JSJN Johor, Superintendan R Azizan Ibrahim, berkata mereka ditahan bersama sebuah kenderaan dipercayai dicuri dengan sejumlah dadah.

“Modus operandi kedua-dua suspek adalah dengan menyewa rumah berpagar dan berpengawal untuk dijadikan tempat menyimpan dadah.

“Kegiatan kedua-dua suspek ini dipercayai sudah dilakukan sejak awal 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

R Azizan berkata, semakan pihak berkuasa mendapati seorang daripada mereka mempunyai 42 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Manakala, seorang lagi suspek, katanya, mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Seorang daripada mereka juga dikehendaki polis bersabit kes dadah,” katanya.

Menurut R Azizan, menerusi serbuan di rumah sewa lelaki itu, polis merampas 57.65 gram syabu bernilai RM5,765, 8.65 gram ganja (RM432.50) dan 12 biji pil ekstasi (RM180) dengan jumlah keseluruhan adalah RM6,377.50.

Jelasnya, sebuah Proton Saga yang dianggarkan bernilai RM10,000 turut disita.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dadah dirampas itu boleh digunakan seramai 308 orang penagih,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 57 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad