web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BAP Diagih Kepada 3 Juta Murid Bermula Isnin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 2:50PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 akan diagihkan kepada murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima bagi sesi 2022/2023, bermula Isnin ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, seramai tiga juta murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40 di seluruh negara akan menerima manfaat daripada bantuan itu.

“BAP adalah antara bantuan yang diteruskan tahun ini bertujuan mengurangkan beban ditanggung ibu bapa atau penjaga dalam kategori B40.

“KPM yakin pengagihan bantuan ini mampu membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi 2022/2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut KPM, murid Tahun Satu yang akan memasuki persekolahan pada 21 Mac 2022 akan mula menerima BAP selepas proses pendaftaran selesai.

Katanya, pemberian BAP ini akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank murid.

“Sekiranya pemberian diagihkan secara tunai, ia akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk BAP.

Peruntukan itu menyaksikan kenaikan RM50 kepada setiap pelajar, berbanding tahun sebelumnya. - Getaran, 14 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad