web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Individu Ditipu Sindiket Ketika Beli Makanan Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 11:41AM

Asisten Komisioner Mahidisham Ishak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baharu Cina pastinya hambar bagi empat individu selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pembelian makanan sempena perayaan itu yang membabitkan kerugian RM51,400.

Dalam kejadian Ahad lalu hingga kelmarin itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur menerima empat laporan berhubung aktiviti penipuan dalam talian berkenaan.

Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata siasatan awal mendapati mangsa berurusan dengan sindiket yang memberi pautan laman sesawang untuk pembayaran wang pendahuluan menerusi WhatsApp.

“Mangsa kemudian mendaftar dan mengisi maklumat perbankan mengikut arahan diberikan anggota sindiket.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila mengetahui terdapat beberapa transaksi pindahan wang dari akaun bank mereka ke akaun suspek,” katanya menerusi kenyataan.

Mahidisham berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan setiap iklan, terutama di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan pembelian dalam talian.

“Mereka juga disarankan tidak mendedahkan maklumat perbankan dan kod keselamatan kata laluan sekali guna (OTP) serta kod kebenaran transaksi (TAC) kepada pihak ketiga untuk mengelak akaun mereka diakses secara tidak sah.

“Sekiranya mengetahui sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, orang awam boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Centre (Pusat Respon Penipuan JSJK) (03-2610 1559/1599) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi