Berita Terkini

13 minit yang lalu: MAHB masih diberi kuasa uruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - Wee Ka Siong 13 minit yang lalu: Jumlah penumpang lapangan terbang dijangka antara 32.6 juta dan 42 juta di Malaysia pada 2022, bergantung kepada situasi COVID-19 - Wee Ka Siong 2 jam yang lalu: Kerajaan pertimbang kelonggaran SOP jika proses dos penggalak selesai & KKM beri pandangan - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan tidak bercadang laksanakan PKP lagi untuk sekat pergerakan rakyat - PM Ismail Sabri 3 jam yang lalu: Kerajaan masih berhati-hati membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan COVID-19 - PM

IKUTI KAMI


Jika Jambatan Ditutup, Terpaksa Jalan Kaki Sejam Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 9:41PM

Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar melalui jambatan gantung di Kampung Nelayan Tengah ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar dari Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang dekat sini terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke sekolah jika jambatan gantung di Sungai Batang ditutup.

Nur Juwita Julianna Amson, 12, dari Kampung Nelayan Tengah berkata dia pernah berjalan kaki ke sekolah bersama rakan melalui jalan besar untuk berulang-alik ke sekolah dan perjalanan itu mengambil masa dua kali ganda berbanding menggunakan jambatan gantung.

"Kalau ikut jambatan gantung, perjalanan ke sekolah hanya dalam 30 minit.

"Kalau jambatan ini ditutup, terpaksalah saya minta tolong abang saya menghantar dan mengambil saya dari sekolah dengan motorsikal sebab kalau jalan kaki memang jauh," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Sandakan telah mengarahkan jambatan itu ditutup berkuat kuasa semalam kerana keadaannya yang usang boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

Bagaimanapun, ketika tinjauan Bernama hari ini, tiada notis penutupan diletakkan di jambatan itu dan penduduk kampung, termasuk murid sekolah, masih memberanikan diri menggunakannya.

"Janganlah ditutup. Baiki sahaja. Kami bukan ada kereta. Kalau ditutup, bagaimana kami hendak ke sekolah?

"Kami minta bantuan kepada kerajaan supaya jambatan ini cepat-cepatlah dibaiki kerana kami juga takut kalau terjadi apa-apa di jambatan ini. Dalam sungai itu pun ada banyak buaya," kata Muhamad Ismail Abdullah, 11.

Pesara kerajaan Ikra Dugasah, 65, pula lebih suka jika jambatan itu ditutup sementara dan digantikan dengan yang baharu serta lebih kukuh.

"Kalau boleh, kami mintalah dibina jambatan yang juga boleh dilalui oleh motosikal dan direka dengan rekaan yang boleh menarik kunjungan orang ramai ke kampung ini.

"Ramai yang datang bergambar dan menyaksikan matahari terbenam di jambatan ini termasuk pelancong asing semasa sebelum pandemik, dan ada juga kru produksi datang membuat penggambaran di sini," katanya.

Ikra, yang pernah bertugas di JKR, berkata jambatan gantung itu dibina bagi menggantikan sebuah jambatan kayu beberapa meter dari lokasi asal di Sungai Batang selepas sungai itu dilebarkan sebagai mitigasi banjir di kampung tersebut.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sibugal Besar Roslan Muksan berkata pihaknya pernah meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan murid yang menggunakan jambatan itu namun pertukaran kerajaan pada 2018 menyebabkan usaha ke arah membaik pulih struktur tersebut tergendala.

"Setelah UMNO kembali dalam kerajaan memerintah sekarang, usaha ke arah membaik pulih jambatan itu dihidupkan semula… Kami sedar penutupan jambatan itu akan menjejaskan persekolahan anak-anak yang biasanya berjalan kaki dari Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang tetapi ini semua untuk keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata keluarga murid yang terjejas boleh mengusahakan cara untuk ke sekolah sementara jambatan itu ditutup kerana jumlah mereka tidak ramai berbanding yang menaiki kenderaan dari kedua-dua kampung. - Bernama

Sorotan

1

Pelbagai Produk Makanan Bernilai RM54,402 Dirampas Kerana Salah Guna Logo Halal

2

Rayuan Kes SRC, Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK

3

Penggal Kepala Ibu, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

4

Pereka Fesyen Thierry Mugler Meninggal Dunia Pada Usia 73

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dikecam Angkara 'Billboard' Haram, Pengasas Produk Akhirnya Bersuara

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Bubar DUN Perak - Menteri Besar

Semasa 18 jam yang lalu

#TangkapAzamBaki, 8 Individu Dipanggil Beri Keterangan

oleh Fitri Nizam

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan SPRM Tidak Berasas, Sengaja Buka Kes Lama - R Sivarasa

oleh Aiman Sadiq