web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


15 Kematian Baharu COVID-19, Pahang Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 12:57PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak enam kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,738 dengan 6,407 daripadanya adalah kes BID.

Pahang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, diikuti Johor, Kelantan dan Perak masing-masing dua kes.

Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur pula satu kes kematian di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,896 kes aktif dilaporkan dengan 32, 550 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,666 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,465 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 225 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,200 kes sembuh dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 255,384 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 250,198 dos penggalak, 2,016 dos pertama dan 3,170 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,663,646 atau 78.6 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 13 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar