web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azam Baki Fail Saman RM10 Juta Ke Atas Lalitha

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:34PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman RM10 juta ke atas bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Menurut kenyataan media oleh peguam beliau, Megat Abdul Munir, firma berkenaan telah memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berhubung artikel yang ditulis oleh Lalitha, yang disiarkan dalam Independent News Service pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lepas.

Berdasarkan kenyataan tuntutan yang difailkan itu, antara lain, Azam memohon injunksi terhadap Lalitha, ejen dan keluarganya daripada membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau.

Selain itu, dalam tempoh tiga hari dari tarikh penghakiman, Azam menuntut Lalitha menarik balik dan memadam sebarang kenyataan yang menjejaskan reputasinya selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebagai plaintiff, Azam merujuk kepada dua artikel yang ditulis oleh Lalitha iaitu “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part 1)” dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part 2)”.

Tajuk utama artikel itu sendiri, kata Azam, adalah "sensasi, skandal, menjengkelkan dan menghina".

''Ini kerana, (semasa artikel) ditulis, diterbitkan dan diterbitkan semula ia dilakukan dengan niat jahat supaya pembaca membuat kesimpulan bahawa plaintif (Azam) adalah penjawat awam yang korup yang menyalahgunakan jawatannya untuk diri  dan adik-beradiknya,'' menurut kenyataan itu.

Selain artikel berita, Azam juga merujuk kepada ciapan Lalitha, yang termasuk paparan gambar rajah yang mencadangkan hubungan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dengan pelbagai perniagaan. Azam juga melabelkan ciapan ini sebagai 'sensasi, skandal, menjengkelkan dan menghina'

Mengenai kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh peguam Lalitha, Manjeet Singh Dhillon pada 9 Januari lalu, Azam berkata ia adalah percubaan untuk beliau menjalani "perbicaraan oleh media".

Azam menegaskan di sebalik keseriusan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu, Lalitha menerbitkan dan menerbitkan semula dakwaan tersebut tanpa mengesahkan secara langsung dakwaannya dengan plaintif.

Juga, rujukan Lalitha kepada blog Edisi Siasat untuk artikelnya menjadi hujah bagi Azam, yang mengatakan bahawa ia bukan sumber berita rasmi.

''Pembaca percaya secara menyeluruh kenyataan fitnah yang disebut itu.

''Plaintif akan menjawab menggunakan pelbagai dokumen semasa perbicaraan,'' kata kenyataan tersebut. -  The Vibes, 12 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad