Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Petugas Media Turut Terkesan, NPC Lancar Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Mar 2021 8:04AM

Nurul Jamaludin (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ahirudin Attan di Pop Meals DPulze Mall semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Sedar atau tidak, pandemik COVID-19 menyentuh setiap ruang lingkup kehidupan, tanpa mengira darjat, agama, bangsa atau kepercayaan.

Bertitik tolak dari sebuah pasar menjual hidupan laut di Wuhan China, virus ini pantas menebarkan sayap ke seluruh pelusuk dunia, menjangkiti hampir separuh populasi penduduk Bumi dan meragut sejumlah besar nyawa.

Kesan kemusnahan yang dibawa terlalu besar, mengatasi efek dicetuskan Spanish Influenza lebih seratus tahun lalu.

Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias COVID-19 ini dan bermula tahun lalu, virus terbabit terus bertapak, tanpa menunjukkan tanda akan lenyap walaupun dari semasa ke semasa, penurunan kadar jangkitan ada direkodkan.

Kesannya, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara, yang sedia terkesan akibat kemelut kewangan global, diceruskan virus berbahaya itu.

Ribuan pekerja kehilangan mata pencarian, apabila syarikat yang menaungi mereka terpaksa mengambil langkah drastik dengan melakukan pemberhentian besar-besaran, malah lebih buruk, gulung tikar sepenuhnya.

Dalam hal ini, profesion kewartawanan tidak terkecuali daripada menerima bala.

Meski pada dasarnya turut tergolong sebagai petugas barisan hadapan, hakikatnya nasib kumpulan pengamal media ini jarang sekali menerima pembelaan, termasuk daripada kalangan konglomerat terkemuka negara.

Hakikat ini mesti memeritkan, adalah kebenaran yang perlu dihadapi dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skim penamatan pekerjaan bukan lagi satu perkara luar biasa.

Satu demi satu syarikat media terkemuka terpaksa mengambil keputusan mengurangkan tenaga kerja, kerana kerugian besar tidak memungkinkan mereka menggaji sebegitu ramai petugas.

Ada yang bertuah diberi pampasan, tetapi tidak kurang hanya mampu menelan air liur apabila bayaran dijanjikan ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, seperti berlaku ke atas kakitangan akhbar Utusan Malaysia.

Menyedari hakikat ini, Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) tampil dengan inisiatif khusus membantu petugas media yang terkesan, selepas sekian lama nasib mereka terbiar tanpa pembelaan, walaupun berdepan tugasan penuh risiko.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan dan dana daripada pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pengamal media yang terjejas akibat pandemik ini.

“Dana ini, yang dimulakan pada awal 2006 pada awalnya bertujuan membantu pengamal media yang hilang sumber pendapatan, menghidap penyakit kronik ataupun meninggal dunia ketika sedang bertugas, seperti kes menimpa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, apabila terbunuh ketika bertugas di Somalia pada tahun 2011.

“Sehingga kini, kami juga telah menerima beberapa dana dan sumbangan daripada agensi berlainan, antaranya Petra Group, Pop Meals, Hong Leong dan beberapa NGO lain,” katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan dana untuk Tabung Kebajikan Wartawan (JWF) NPC daripada syarikat rangkaian makanan Pop Meals, di sini semalam.

Ahirudin, mesra dipanggil Rocky berkata, NPC turut menjalinkan Kerjasama dengan Pop Meals  yang sebelum ini dikenali sebagai ‘dahmakan’,  bagi sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000..

Sementara itu Pengurus Komunikasi Pop Meal, Nurul Jamaludin, ketika mengulas mengenai sumbangan berkenaan berkata, pihaknya turut menyumbangkan seribu set kutleri berkualiti dengan nilai keseluruhan RM23,900.

Set itu katanya, akan diberikan kepada individu yang menyertakan kod promo khas sumbangan NPC, setiap kali membuat pembelian menggunakan aplikasi Pop Meals.

“Kod promo ini terbuka kepada orang ramai dan ia boleh didapati dengan menghubungi NPC melalui WhatsApp di talian 019 2458073.

“Dengan setiap pembelian, pelanggan berpeluang menerima set kutleri berkualiti bernilai RM23.90 setiap satu secara percuma manakala bayaran untuk harga makanan itu akan disalurkan kepada JWF,” katanya.

JWF turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menderma, dengan menyalurkan sumbangan masing-masing ke akaun bank NPC, 023-202-200219-3 menggunakan rujukan JWF di bahagian keterangan transaksi. - Getaran, 10 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Sukan 10 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan โ€“ Khaled

oleh Wartawan Getaran