web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buat 4 Serbuan, 62 PATI, 4 Warga Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 6:01PM

Polis menahan 62 PATI warga Myanmar dan 4 warga tempatan, disyaki dalang sindiket penyeludupan manusia dalam 4 serbuan berasingan di Pasir Mas, semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Polis menahan 62 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat warga tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong menerusi empat serbuan di sekitar Pasir Mas, bermula kelmarin sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam serbuan antara jam 4.45 petang kelmarin sehingga 10.30 malam semalam itu, polis berjaya menahan 37 lelaki dan 25 wanita warganegara Myanmar berusia antara 11 hingga 44 tahun.

Katanya, serbuan pertama dibuat di sebuah kedai tanpa nombor di Pusat Latihan Kemahiran R'Syam, yang membawa kepada penahana enam PATI termasuk lima wanita pada jam 4.45 petang kelmarin.

"Serbuan seterusnya berjaya menahan 40 PATI yang menyorok di dalam semak di Kampung Sapi Alor Pasir, Jeram Perdah. 

"Selepas menyedari kehadiran polis, sekumpulan daripada mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di kawasan gelap. Polis melakukan pemeriksaan di kawasan itu dan menemui 29 lelaki dan 11 wanita warganegara Myanmar," katanya hari ini.

Menurut beliau, anggota bertugas meminta kad pengenalan diri dan pemeriksaan mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Siasatan mendapati mereka dipercayai masuk melalui Pengkalan Haram Jeram Perdah 2 dan bersembunyi dalam semak sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, pada jam 10.30 malam semalam pula, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun di sebuah rumah di Kampung Chenerai Pohon Tanjung.

"Pada masa yang sama, polis menahan 16 PATI dan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Kampung Siram manakala serbuan susulan ke atas sebuah kereta Honda Accord pula membawa kepada penahanan seorang lelaki dan wanita tempatan.

"Pemeriksaan di dalam kereta turut menemui tiub straw lut sinar warna kuning yang mengandungi tiga pil kemerahan disyaki dadah," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI ini dihantar seorang lelaki warganegara Thailand dengan menaiki kenderaan dan tinggal di lokasi serbuan tanpa kebenaran mana-mana pihak.

"Kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk disiasat mengikut Seksyen 51 (3) Akta Imigresen (pindaan 2002), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Bagi warga tempatan, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 26J ATIPSOM 2007," katanya. - Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan