Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Penyata Akaun Bank Babit Kontrak Lebih RM60 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 2:36PM

2 lelaki ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyata akaun bank syarikat mengandungi butiran palsu di Alor Setar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat mengandungi butiran palsu yang membawa kepada penangkapan lebih 20 individu di Selangor dan Kedah sejak kelmarin, dipercayai melibatkan nilai kontrak berjumlah lebih RM60 juta.

Sumber memaklumkan, siasatan awal SPRM setakat ini sudah mengesan kira-kira 25 syarikat yang disyaki terlibat. 

Bagaimanapun katanya, jumlah syarikat tersebut dijangka bertambah memandangkan SPRM ketika ini giat mencari pihak lain yang mungkin terbabit.

"Siasatan masih dijalankan malah SPRM ketika ini terus mencari pihak yang mungkin terlibat. Penelitian setakat ini mendapati ada antara pihak yang dicari sudah menukar alamat masing-masing.

"Setakat ini seramai 25 individu sudah ditahan. Daripada jumlah itu, 17 berada dalam lokap kerana direman manakala lapan lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya. 

Getaran semalam melaporkan, seramai 15 individu direman antara tiga hingga lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Tindakan mengemukakan penyata bank palsu sejumlah besar syarikat itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2019 bagi memastikan mereka layak memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 31 hingga 77 tahun dengan penahanan mereka dibuat di beberapa kawasan sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah. 

Mereka yang ditahan memegang pelbagai jawatan dalam syarikat disyaki terlibat, antaranya pemilik, pengarah, pengurus, kontraktor dan beberapa lagi individu yang bekerja sendiri. 

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi memaklumkan, seramai 22 individu ditahan kelmarin manakala penahanan tiga yang lain dilakukan emalam. 

"Daripada jumlah itu, 15 individu direman antara tiga hingga lima hari bermula semalam manakala dua yang lain direman selama enam hari bermula hari ini.

"Selebihnya iaitu lapan individu lain dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas rakaman percakapan mereka diambil," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Getaran, 12 Januari 2022.

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Politik 1 hari yang lalu

Sock Tao Mahu Kota Janji, Akan Pindah Ke KKB Secepat Mungkin

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan