web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktif Pecah Rumah, 3 Geng Sky Dicekup Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 1:18PM

Mohamad Fakhrudin (tiga dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada Geng Sky, selepas tiga ahli kumpulan itu ditahan polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Biar pun baru saja dibebaskan daripada pengawasan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada Julai tahun lalu, tiga ahli Geng Sky dicekup lagi selepas dikesan kembali aktif menjalankan jenayah pecah rumah di daerah ini.

Aktiviti jenayah ketiga-tiga lelaki berusia 39 hingga 59 tahun itu dikesan selepas mereka memecah masuk rumah seorang lelaki berusia 56 tahun di sekitar Petaling Jaya 24 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berjaya ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya di daerah Dang Wangi dan Setapak pada jam 8.30 malam, 4 Januari lalu.

Menurutnya, sebaik dibebaskan daripada POCA, suspek kembali aktif melakukan jenayah sejak dua bulan lalu dengan  menjalankan ‘kerja’ bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Suspek akan membaling batu di kediaman disasarkan untuk mengetahui jika pemilik ada di rumah atau sebaliknya.

“Jika tiada respon daripada pemilik, mereka akan memecah masuk rumah berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga, antaranya barangan kemas, alatan elektrik dan elektronik serta wang tunai,” katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan dadah.

Katanya, suspek pertama berusia 39 tahun mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan satu rekod membabitkan dadah.

“Suspek kedua berusia 59 tahun pula mempunyai lapan rekod jenayah, 14 rekod dadah dan dikehendaki membabitkan kes dadah.

“Manakala, suspek ketiga berusia 48 tahun memiliki 10 rekod jenayah lampau dan enam rekod dadah,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, turut ditahan adalah dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita yang disyaki menjadi pembeli barangan yang dicuri suspek.

“Barangan kemas yang diperoleh hasil aktiviti mereka dijual di kedai pajak gadai dekat Rawang dan Setapak manakala wang tunai mata wang asing akan ditukar di Pengurup Wang Berlesen,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya sudah menyelesaikan lapan kes pecah rumah yang berlaku di daerah Petaling Jaya (5), Serdang (2) dan Ampang (1) dengan penahanan ketiga-tiga suspek terbabit.

“Suspek direman bermula 5 Januari sehingga semalam namun kita berjaya mendapatkan lanjutan perintah reman sehingga Jumaat ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. - Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran