web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Mustahil Ada Doktor Lain Terlibat, Pemantauan Di PPV Perlu Dipertingkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 9:01AM

Sijil digital vaksinasi palsu dikesan mula dijual sekitar Ogos tahun lalu dan ia dipercayai dijual oleh sindiket tertentu pada harga RM15 menerusi media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan sijil digital vaksinasi palsu mula dikesan di negara ini sekitar Ogos lalu, selepas kerajaan mengenakan sekatan terhadap individu yang enggan mengambil suntikan berkenaan.

Sindiket terbabit dipercayai mula menjual sijil tersebut pada harga RM15 menerusi media sosial.

Beberapa hari lalu, kegiatan itu kembali aktif dan lebih mengejutkan, harga yang ditawarkan kali ini agak tidak masuk akal iaitu RM2,500 seorang.

Hanya selepas lima bulan isu itu didedahkan, seorang doktor klinik swasta di Marang, Terengganu ditahan kerana dipercayai menawarkan perkhidmatan tersebut sejak September lalu. 

Sepanjang tempoh tersebut, doktor berusia 51 tahun itu mengeluarkan lebih 1,900 sijil vaksinasi COVID-19 kepada pelanggan dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang.

Pembongkaran kegiatan berkenaan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar kesihatan yang tidak menolak kemungkinan, ada lebih ramai doktor terlibat.

Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, kegiatan itu cenderung berlaku di klinik swasta yang diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi COVID-19.

“Sebenarnya mesti ada lagi yang sediakan perkhidmatan itu, cuma mungkin mereka buat secara ‘under table’ (rasuah). Jadi mereka menyembunyikan diri.

“Saya juga percaya mereka yang terlibat ini ada yang bekerja dengan swasta sebab kalau dengan kerajaan susah sikit, kerajaan strict,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Katanya lagi, perkara tersebut tidak mustahil berlaku dalam kalangan doktor bertauliah, kerana sebelum ini kes pemalsuan keputusan ujian COVID-19 pesakit positif pernah dikesan dilakukan sebuah klinik swasta di Melaka.

“Jika kita masih ingat lagi satu kes sebelum ini, ada doktor palsukan keputusan ujian COVID-19 pesakit dia. Sama juga macam isu inilah (sijil digital vaksinasi palsu).

“Ini baru seorang doktor yang tertangkap. Saya yakin ada doktor-doktor lain terlibat cuma kita tak pasti berapa ramai,” katanya.

Dr Sharifa Ezat berkata, jika kegiatan itu tidak dibendung, ia bukan sahaja akan membahayakan nyawa orang ramai tetapi menjejaskan sasaran kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.

“Kalau banyak kes seperti ini, akhirnya kita tak tahu sebenarnya berapa ramai yang belum divaksin. Ia bukan sahaja merugikan pembeli sijil palsu itu tapi dia turut membahayakan nyawa orang lain.

“Ini kerana contohnya, katakan saya masuk mana-mana mall atau restoran, saya guna sijil palsu tadi. Jadi saya berisiko jadi pembawa virus. Bayangkan kalau banyak kes macam tu, makin ramai terdedah kepada jangkitan,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar pemantauan di pusat pemberian vaksin (PPV) terutamanya di hospital dan klinik swasta dipertingkatkan untuk menangani kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

“Bagi saya pemantauan perlu dipertingkatkan. Memandangkan Protect Health yang jaga vaksin, mereka perlu tingkatkan lagi pemantauan di klinik swasta yang dibenarkan memberi suntikan COVID-19.

“Tapi itulah situasi ini sama macam di sekolah, kadang-kadang bila kita pantau ada juga yang ponteng sekolah. Jadi peluang nak buat perkara tak senonoh tu sentiasa ada, cuma kita kena kawal dirilah dan berpegang kepada etika,” katanya.

 Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar meluahkan kekecewaannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab doktor yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Saya percaya modus operandi ada macam-macam tapi paling bahaya bila doktor bagi pembeli 'everything complete' tanpa dia divaksin. 

“Memang saya sendiri kecewa, macam-macam terjadi dan apa yang berlaku itu di luar pemikiran kita,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar menyiasat pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan juga pembelinya untuk mengetahui modus operandi sebenar.

“Jadi sekarang macam nilah, kita minta kerajaan siasat, dan ambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pihak. 

“Saya pun tak faham kenapa orang kita sanggup menipu dan golongan tak nak divaksin pula sanggup bayar satu harga yang agak melampau,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat tindakan doktor terbabit mungkin disebabkan pelbagai faktor.

“Saya percaya ada juga orang (doktor) jenis baik. Ada orang tu walau macam mana pun, dia memang tak nak divaksin, jadi mungkin dia lakukan sebab kasihan.

“Dan faktor lain mungkin sebab duit tapi itulah polis kena siasat. Bagi saya pemberi dan penerima itu perlu dikenakan tindakan tegas kerana kegiatan itu dilakukan atas persetujuan bersama,” katanya.

Dr Zainal Ariffin yang juga bekas Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) turut menasihati rakan sejawatannya supaya sentiasa mematuhi etika ditetapkan dan menjalankan amanah diberikan sebaik mungkin.

“Bila kita dah jadi doktor, kita kena ikut etika ditetapkan. Bila kita tak bagi vaksin dan keluarkan sijil palsu, sudah tentu tindakan kita membahayakan nyawa orang lain. Jadi kita ikutlah peraturan. 

“Kalau kita salah guna kuasa yang diberikan, kita berdepan risiko digantung atau dibatalkan pendaftaran sebagai pegawai perubatan. Bukankah itu merugikan kita? Hentikanlah, duit bukan segala-galanya,” katanya. -  Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran