web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Anggota Sindiket Sijil Digital COVID-19 Palsu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 8:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan jam 1.30 petang tadi di SPRM Kota Kinabalu susulan satu operasi yang dilancarkan di daerah itu.

Lelaki berkenaan dipercayai meminta rasuah lebih dari RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober, tahun lalu.

Dia dipercayai memberikan wang rasuah itu kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Sabah.

Sumber berkata, wang terbabit adalah sebagai balasan untuk mendaftarkan penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin COVID-19 bagi mendapatkan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam sistem MySejahtera.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, permohonan reman dijangka akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Dalam kes berasingan, S Karunanithy turut mengesahkan penahanan seorang guru besar di daerah Sandakan.

Siasatan kes ini, jelasnya, dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Sekyen 405 Kanun Keseksaan.

Guru berkenaan ditahan pihak SPRM kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM8,000.

Wanita berusia 60 tahun itu ditahan sekitar jam 11 pagi ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan bagi membantu siasatan.

Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, minggu ini. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

9 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Polis Sahkan Ancaman Palsu

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad