web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbuatan Unboxing Isteri Bercanggah Prinsip Islam, Permulaan Kepada Dosa, Undang Fitnah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 3:23PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang suami membuat ‘unboxing isteri’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saban hari pasti ada video pelik dan kontroversi dikongsi pengguna aplikasi TikTok yang kemudiannya tular di media sosial.

Terbaru, trend unboxing by husband atau unboxing isteri menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung.

Trend yang semakin digilai ramai itu menimbulkan kemarahan di kalangan warganet yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam.

Perbuatan tidak senonoh itu turut mendapat teguran Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

Menurut beliau, perbuatan itu bercanggah dengan prinsip Islam pada asasnya yang memerintahkan suami agar memelihara kehormatan isteri mereka.

“Rasulullah memerintahkan suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.

“Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah baginda,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Jelas Ahmad Sanusi, perbuatan itu dikhuatiri akan menjadi ikutan anak-anak muda yang masih bersekolah ataupun pasangan suami isteri lain.

“Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah, sehingga mereka terkeliru dan merasakan perbuatan itu boleh dipratikkan yang berpotensi menjadi budaya.

“Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran,” katanya.

Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi
Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi

Tegasnya, istilah unboxing juga tidak sepatutnya digunakan pada isteri kerana mereka bukannya material atau barangan semata-mata.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) turut meminta umat Islam menjauhi perbuatan unboxing isteri.

Jurucakap JAKIM berkata, kemesraan suami isteri adalah amalan baik tetapi ia tidak boleh dipertontonkan apatah lagi jika melanggar batasan syarak.

“Perbuatan unboxing isteri bukan ajaran Islam kerana ia adalah permulaan kepada dosa dan mengundang fitnah.

“Justeru, wajib bagi suami memelihara dan melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri,” katanya.

Menurut jurucakap itu, larangan perbuatan tersebut adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.

“Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan. Riwatat Al-Bukhari,” katanya.

Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial baru-baru ini, pengantin lelaki dilihat membantu isteri menanggalkan aksesori bermula di bahagian kepala terlebih dahulu.

Adegan mesra itu itu dirakam si isteri yang masih lengkap berbusana pengantin menerusi cermin. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad