web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


APMM Selamatkan 15 Rakyat Filipina Yang Hanyut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 9:05PM

Seramai 15 rakyat Filipina dihantar semula ke negara asal melalui jeti APMM di Sandakan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan menyelamatkan sekumpulan 15 rakyat Filipina, kebanyakannya kakitangan pengajar Kolej Politeknik Tawi-Tawi yang hanyut ke perairan Malaysia, Sabtu lepas.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Zon Sandakan Komander Ahmad Firdaus Shaari berkata pihaknya dimaklumkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) terdapat sebuah kapal tenggelam  di perairan berhampiran Kinabatangan. 

“Mereka (mangsa) sedang dalam pelayaran ke Pulau Bongao ke Pulau Taganak di Filipina (sejauh 199km) untuk melaksanakan sebuah program apabila enjin kapal mereka menghadapi masalah dan tidak dapat  dibaiki.  

Kapal itu kemudian hanyut ke dalam perairan kita (Malaysia) dan ombak kuat menolak mereka sehingga terdampar di pantai sebuah pulau di Kinabatangan dan mereka menyedari kapal mereka beransur-ansur tenggelam,” katanya kepada pemberita sebelum menghantar mangsa-mangsa kapal karam itu ke sempadan perairan Malaysia-Filipina, dengan Tentera Laut Filipina menanti ketibaan mereka, hari ini.  

Ahmad Firdaus berkata kesemua mangsa terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita dibawa ke Sandakan untuk menjalani saringan COVID-19 dan kesemua mereka didapati bebas jangkitan virus itu dan disediakan penginapan serta makanan selain daripada keperluan lain sementara urusan penghantaran mereka pulang ke Filipina diatur. 

Beliau berkata kira-kira 40 staf  APMM mengiringi mangsa dengan tiga bot dan sebuah kapal ke sempadan.

Seorang daripada penumpang kapal Filipina itu, Karnahar Mayan, 41, berkata dia dan rakan-rakannya sedang dalam pelayaran untuk menjalankan penilaian latihan di Pulau Taganak apabila kapal mereka rosak di tengah laut.

“Kami berlepas dari Pulau Bongau pada pagi 6 Jan, kemudian sekitar pukul 11.30 pagi kapal itu rosak dan kami terkandas di laut.

Kapten kapal itu dan mekanik cuba membaiki enjinnya tetapi sehingga keesokan paginya (7 Jan) apabila kami bangun tidur, kami masih lagi berada di laut,” katanya  sambil menambah kira-kira pukul 6 petang (hari sama), ombak yang kuat menolak kapal itu ke pantai. 

Karnahar berkata penumpang dan kru kapal itu naik ke dek atas kapal dan bernasib baik kerana ada orang menangkap ketam di pulau itu yang kemudian membekalkan mereka dengan makanan dan memaklumkan keadaan mereka kepada pihak berkuasa.

Dia berkata mereka diselamatkan kira-kira 2 petang keesokan harinya (8 Jan) dan menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada pihak berkuasa Malaysia, terutamanya APMM di atas layanan baik mereka sepanjang mereka berada di Sandakan sementara menanti untuk dihantar pulang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan