web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Stok Vaksin COVID-19 Tamat Tempoh Di PSV, PPV

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 6:00PM

KKM sahkan tiada stok vaksin COVID-19 luput dibekalkan kepada PSV dan PPV. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada stok vaksin COVID-19 luput dibekalkan kepada Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, pihaknya memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin diterima PSV dan PPV.

Tegasnya, pemantauan itu dilakukan dengan menggunapakai Sistem Pengurusan Vaksin (Vaccine Management System atau VMS), selain sistem inventori sedia ada di fasiliti terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Berdasarkan semakan, tiada stok vaksin luput dibekalkan kepada PSV atau PPV,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, penentuan jangka hayat produk farmaseutikal, termasuk vaksin COVID-19 ditetapkan berdasarkan ujian kestabilan yang dijalankan pengilang pada masa nyata untuk suhu penyimpanan tertentu. 

Katanya, tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 akan berubah sekiranya terdapat perubahan kepada suhu penyimpanan dan tarikh luput baharu akan diberikan kepada produk tersebut.

Malah, Norhaliza berkata, produk itu masih selamat untuk diadministrasi selagi mana ia belum melangkaui tarikh luput baharu.

“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk vaksin tersebut hanya akan diluluskan setelah hasil penilaian dapat mengesahkan ia memenuhi keperluan regulatori.

“Ini juga terpakai kepada semua produk farmaseutikal lain yang sedia berdaftar,” katanya.

Jelas beliau lagi, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah meluluskan permohonan pelanjutan jangka hayat bagi vaksin COVID-19 digunakan di negara ini.

“Jangka hayat vaksin Comirnaty (Pfizer) daripada enam bulan kepada sembilan bulan, vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran China (daripada sembilan bulan kepada 12 bulan) dan vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran Pharmaniaga Lifescience, Malaysia (daripada enam bulan kepada 12 bulan). 

“Senarai nombor kelompok yang terlibat dengan pelanjutan jangka hayat vaksin sudah dimaklumkan kepada semua fasiliti kesihatan dan melalui kenyataan media dikeluarkan KKM pada 16 November lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Norhaliza berkata, NPRA turut meluluskan pelanjutan tempoh jangka hayat bagi vaksin Convidecia daripada enam bulan kepada 12 bulan pada 17 Disember lalu.

“KKM sentiasa komited memastikan semua produk farmaseutikal, termasuk vaksin COVID-19 dibekalkan kepada penduduk Malaysia dinilai daripada segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). 

“Penilaian manfaat-risiko bagi vaksin COVID-19 yang diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas beberapa muat naik dan video tular di media sosial berkenaan dakwaan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada penerima sudah atau hampir luput.

Begitupun, sesetengah dakwaan tidak dapat disiasat dengan sewajarnya kerana maklumat lokasi dan tarikh kejadian serta maklumat produk terlibat tidak dinyatakan. - Getaran 10 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad