web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SWCORP Kumpul 83,000 Tan Sisa Pepejal di 6 Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 2:16PM

SWCorp mengutip 82,850 tan sisa pepejal di enam negeri yang terjejas akibat banjir baru-baru. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengutip 82,850 tan sisa pepejal di enam negeri yang terjejas akibat banjir baru-baru ini setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan Selangor dengan pengutipan sisa pepejal tertinggi iaitu sebanyak 48,589 tan, diikuti Pahang (32,000 tan), Negeri Sembilan (1,400 tan), Kuala Lumpur (630 tan), Melaka (131 tan) manakala proses pengutipan di Johor kini mencecah hampir 100 tan.

“Sebahagian besar bahan buangan ini terdiri daripada bahan-bahan dimiliki oleh tuan rumah yang musnah akibat banjir, nilainya kita tidak boleh lagi anggarkan (setakat ini) tetapi memang agak besar.

“Bahan buangan ini termasuk barangan elektrik yang tidak boleh dibaiki seperti televisyen,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program SWCorp Bersamamu di Taman Sri Nanding, di sini hari ini.

Program SWCorp Bersamamu yang bertujuan membaik pulih peralatan elektrik pasca banjir itu turut disertai Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ismail Mokhtar.

Mengenai program berkenaan, Ismail berkata dijangkakan 600 unit peralatan elektrik terdiri daripada mesin basuh dan peti sejuk dibaik pulih daripada dilupuskan sekali gus dapat mengelak anggaran nilai kerugian hampir RM1 juta sepanjang pelaksanaan program tersebut bermula hari ini hingga 16 Jan.

Beliau berkata program itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Seramai 150 sukarelawan terlibat dalam program hari ini dan mereka dibahagikan kepada 30 kumpulan terdiri daripada empat hingga lima sukarelawan bagi membolehkan capaian lebih besar dapat dilaksanakan,” katanya dan menambah bahawa 300 rumah di Taman Sri Nanding disasarkan menerima manfaat menerusi program berkenaan.

Sementara itu, Awang berkata antara sukarelawan yang terlibat pada program itu membabitkan agensi kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia seperti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) serta Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Beliau berharap inisiatif seumpama itu dapat mengurangkan bebanan penduduk susulan banjir selain memberi pendedahan kepada pelatih institut latihan kemahiran terlibat di lapangan serta terus membudayakan amalan kesukarelawanan.

“Ini tanggungjawab kita untuk membantu rakyat supaya dapat meringankan bebanan mereka pada pascabanjir ini,” kata Awang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja