web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doktor Keluarkan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 2:15PM

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong menunjukkan sijil vaksin COVID-19 yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kegiatan seorang doktor yang mengeluarkan sijil vaksin palsu kepada golongan anti vaksin, akhirnya terbongkar apabila ditahan polis Sabtu lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, polis turut merampas 1,900 sijil vaksin COVID-19 dikeluarkan doktor tersebut secara tidak sah.

“Polis dan Kementerian Kesihatan akan meneruskan operasi ini untuk mengesan aktiviti 1,900 individu yang terlibat dengan sijil vaksin palsu.

“Buat masa ini kita tengah siasat kerana kita percaya tidak semua 1,900 individu membayar untuk memiliki sijil vaksin.

“Kita akan pastikan yang mana bayar untuk dapatkan sijil atau benar-benar menerima suntikan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Tambahnya, doktor tersebut yang telah membuka klinik selama lebih 20 tahun dipercayai melakukan kegiatan tersebut, apabila premisnya dibenarkan untuk memberi suntikan vaksin secara berbayar sejak empat bulan lepas.

“Doktor berusia 51 tahun itu mengenakan caj antara RM400 hingga RM600 bagi setiap seorang yang mahu memiliki sijil vaksin COVID-19 tanpa disuntik.

“Polis mendapati dia menjalankan operasi secara dalam talian dan mengupah ejen dengan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap individu yang mahu mendapatkan sijil palsu tersebut,” katanya.

Rohaimi berkata, siasatan mendapati doktor berkenaan mengaku sebagai seorang anti vaksin namun telah mendapatkan suntikan atas alasan profesionnya sebagai pegawai perubatan.

“Kita juga menahan enam individu lain namun kesemua mereka dilepaskan semalam, cuma doktor itu sahaja yang akan ditahan reman sehingga esok.

“Isu ini bukan saja melibatkan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, tetapi turut menyebabkan musibah kesihatan kepada masyarakat umum,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi