web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JKDM Johor Rampas Rokok Putih, Air Zam-Zam Jutaan Ringgit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 6:54PM

Sazali (tiga dari kanan) menunjukkan rokok putih seludup yang dirampas JKDM Johor ketika sidang media di Menara Kastam Negeri Johor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup 7.92 juta batang rokok putih dan 600 botol air zam-zam menerusi dua serbuan berasingan di daerah ini, akhir bulan lalu.

Pengarahnya, Sazali Mohamad, berkata serbuan pertama dilakukan di Bay Pemeriksaan Kontena, Pelabuhan Pasir Gudang kira-kira jam 11.45 pagi pada 28 Disember 2021 yang membawa kepada penemuan rokok putih dipercayai diseludup.

Katanya, rokok putih itu dirampas di atas kontena yang diimport dari luar negara dengan dokumen pengikraran pengimportan dipercayai palsu.

“Nilai rokok putih dirampas itu dianggarkan lebih RM3.19 juta dengan jumlah duti dan cukai berjumlah lebih RM5.54 juta.

“Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dari sebuah syarikat perkapalan di negara ini turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Pihak terbabit ini juga membuat pengikraran mengelirukan dalam borang Kastam dengan mengatakan barangan dibawa adalah kabinet atau aksesori kabinet dari China bagi tujuan mengelak dikenakan cukai tinggi dan permit import,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Menara Kastam Negeri Johor di sini, hari ini.

Sazali (tiga kanan) menunjukkan air dipercayai air zam zam seludup tidak berkastam ketika sidang media di Menara Kastam Negeri Johor, hari ini.
Sazali (tiga kanan) menunjukkan air dipercayai air zam zam seludup tidak berkastam ketika sidang media di Menara Kastam Negeri Johor, hari ini.

Sazali berkata, serbuan kedua dijalankan pihaknya pula berjaya menemukan 600 botol air berkapasiti 3,000 liter dipercayai air zam-zam ketika cuba dibawa keluar ke Singapura.

Jelasnya rampasan itu dibuat selepas sebuah lori ditahan di laluan keluar Cawangan Eksport, Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang di sini kira-kira jam 3.45 petang pada 30 Disember 2021.

“Lori itu dipandu lelaki dan turut berada dalam kenderaan itu adalah kelindan yang kedua-duanya warga tempatan berusia 21 serta 30 tahun.

“Mereka ditahan untuk membantu siasatan selepas pemeriksaan dijalankan mendapati minuman dipercayai air zam-zam itu dianggar bernilai RM66,000 dan dibawa sebagai barangan dagangan tidak diikrar ketika pengeksportan dibuat,” katanya.

Mengulas lanjut, Sazali berkata, lori itu turut membawa alatan mandian, minyak urut, peralatan sembahyang dan produk dagangan untuk dieksport ke negara jiran, namun semua barangan terbabit diikrarkan.

Sampel air dipercayai air zam-zam itu, katanya, dihantar ke Jabatan Kimia pada 2 Januari lalu bagi pengesahan ketulenan.

“Sekiranya ia zam-zam tulen, semua barangan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019, Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135(1)(a) akta sama,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad