web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Lengah Ambil Dos Penggalak, Elak Jadi Pembawa Varian Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ini, Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Australia antara beberapa negara yang merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi dengan kebanyakannya membabitkan jangkitan varian Omicron.

Kadar kemasukan ke hospital di seluruh United Kingdom (UK) juga semakin meningkat dan keadaan dijangka meruncing dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Peningkatan kes itu antaranya disebabkan tindakan kira-kira sembilan juta penduduk yang masih belum mengambil suntikan dos penggalak.

Keadaan sama juga boleh melanda Malaysia jika kadar pengambilan dos penggalak masih kekal rendah.

Pakar Kesihatan Awam UKM Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, individu tanpa suntikan dos penggalak selepas enam bulan, atau yang sama sekali tidak divaksin, mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Katanya, memandangkan keberkesanan vaksin semakin menurun selepas menerima dos lengkap, pengambilan dos penggalak mampu meningkatkan kembali tahap imuniti dalam badan.

“Dua dos didapati kurang berkesan kerana semasa vaksin dicipta awal-awal dulu, varian lama (strain Wuhan dan varian Alpha) dianggap tidak begitu mengganas.

“Isunya sekarang, sudah muncul pelbagai varian baharu yang lebih berbahaya, mudah berjangkit, sukar dikesan melalui saringan dan senang merebak,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Menurut beliau, situasi ketika ini memerlukan semua rakyat mendapatkan dos penggalak untuk meningkatkan semula antibodi badan dan melawan jangkitan varian baharu.

Dr Sharifa Eza berkata, orang ramai terutamanya golongan berisiko dinasihati supaya tidak melengah-lengahkan pengambilan suntikan dos penggalak bagi mengelakkan sistem kesihatan negara menjadi lumpuh.

“Sekarang sudah ada varian baharu dikenali sebagai IHU yang dikesan di Perancis. Ia mempunyai 46 mutasi, lebih banyak dari mutasi pada varian Omicron dan kesan jangkitan masih belum diketahui.

“Varian Omicron pula sudah menular di hampir semua negara di dunia. Ia mudah menjangkiti individu yang belum divaksin terutamanya kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah.

“Seperti yang berlaku di AS dan UK, varian Omicron menyebabkan kes meningkat dan menjadi beban kepada sistem kesihatan kedua-dua negara itu. Jadi kita nak elakkan jadi situasi begitu,” katanya.

Dr Sharifa Ezat berkata, pengambilan suntikan dos penggalak juga boleh mengurangkan risiko jangkitan serius dan memendekkan tempoh rawatan di hospital.

“Dua tujuan utama ambil dos penggalak adalah untuk melindungi diri daripada jangkitan varian baharu dan Delta yang boleh meragut nyawa.

“Selain itu, kita juga nak elakkan jadi pembawa (varian baharu) kepada anak, cucu dan ahli keluarga lain yang belum divaksin atau mereka dengan sistem imun lemah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya melaksanakan semula kaedah pengambilan dos penggalak secara ‘walk-in’ sekiranya mahu mempercepatkan pemberian suntikan tersebut.

“Bagi saya kerajaan patut teruskan dengan ‘walk-in’ kerana masih ada golongan yang mahu ambil dos penggalak tetapi tempoh menunggu agak lama di aplikasi MySejahtera.

“Tidak dinafikan sistem Pusat Pemberian Vaksin (PPV) komuniti dan statik baik tapi benarkan juga ‘walk-in’. Jadi kalau ada kaedah ini, banyak membantu pemberian dos tersebut,” katanya.

Beliau juga berpendapat, program outreach vaksinasi COVID-19 perlu diperhebatkan di kawasan luar bandar.

“Ini kerana ramai golongan warga emas tiada aplikasi MySejahtera. Malah lepas bencana banjir ramai yang terkesan.

“Jadi suntikan dos penggalak juga boleh diberikan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) banjir untuk memudahkan akses kepada individu yang layak,” katanya.

Sementara itu, Dr Sharifa Ezat turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang remeh gejala ringan disebabkan varian Omicron.

“Walaupun kita tahu kebanyakan pesakit hanya bergejala ringan, varian Omicron boleh menular dengan cepat dan sesiapa sahaja boleh dijangkiti.

“Jika angka kes terus meningkat dengan pantas, ia boleh melumpuhkan sistem kesihatan di seluruh dunia,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad