Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Ahli LPPR Tak Setuju Pendirian Abu Zahar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 4:37PM

Abu Zahar Ujang - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menafikan mereka menyokong pendirian pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berhubung dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Dalam satu kenyataan yang mewakili Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff, mereka menjelaskan, pendirian tersebut adalah pandangan peribadi Abu Zahar.

“Kami ingin menjelaskan bahawa ahli lembaga pengarah pada mesyuarat berkenaan atau pada bila-bila masa selepas itu tidak pernah menyatakan pendirian seperti dizahirkan Abu Zahar.

“Kami juga ingin menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah sepenuhnya pandangan peribadi beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut mereka, sebelum sidang media tempoh hari, ahli LPPR mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Abu Zahar mengenai perkara tersebut.

“Kami mencadangkan agar perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Panel Aduan SPRM,” kata mereka.

Namun, mereka mendakwa pandangan dan cadangan itu tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media berkenaan.

“LPPR tiada kuasa menyiasat kerana ia ditubuhkan hanya sebagai lembaga penasihat,” kata mereka.

Tegas mereka, penjelasan bersama itu dikeluarkan bagi menjaga integriti LPPR dan institusi terbabit.

Terdahulu, Abu Zahar berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa beliau tiada kepentingan kewangan, mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham berkenaan.

Katanya, panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu terbabit yang tular di media sosial dan menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Susulan itu, beliau berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan terhadap Azam.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kelmarin memaklumkan alasan Azam itu bertentangan dengan peraturan kerana Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), memperuntukkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama dibenarkan.

Sehubungan itu, SC meminta semua pihak terbabit, khususnya Azam untuk memberi penjelasan dan mengesahkan kenyataan dibuat, selain mengumpul bukti berkaitan. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 20 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa 20 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari