web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AMANAH Minta Agong Campur Tangan Isu Azam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 3:14PM

Salahuddin Ayub - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah campur tangan dalam isu pemilikan saham dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini sangat lemah.

“Pengurusan bencana dan kini isu pembelian saham yang bernilai ratusan juta oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Lakukan dan katakan sesuatu Tuanku. Sesuatu yang tidak betul sedang berlaku,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Salahuddin turut menghantar surat bagi mengemukakan usul tergempar berkaitan dakwaan terhadap Azam supaya ia dibahaskan di Parlimen.

Surat bertarikh 5 Januari 2022 itu disampaikan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun. 

Dalam surat berkenaan, Salahuddin menyatakan bahawa isu tersebut adalah berkenaan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan, selari dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1)(2).

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, usul berkenaan harus dibahaskan pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, sehari selepas Titah Diraja pada 1 Mac 2022.

Isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam mula dibangkitkan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah pada 14 Disember tahun lalu.

Beliau mendakwa Azam memiliki lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian ahli ekonomi, Prof Dr Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa pihak terbabit tidak memberi perhatian sewajarnya berhubung dakwaan terhadap Azam.

Azam Baki
Azam Baki

Namun, Azam dalam satu sidang media pada Rabu lalu, menjelaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Tegas beliau, akaun itu digunakan adiknya, Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham dibeli.

“Saham dibeli oleh adik saya dan syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM,” katanya.

Malah beliau menjelaskan tindakan adiknya menggunakan nama beliau untuk membeli saham tersebut tidak seharusnya dijadikan isu.

“Sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka,” katanya. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek