web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SMK Balai Ringin Terbakar, KPN Ambil Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 2:18PM

Blok pentadbiran di SMK Balai Ringin di Serian musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Bilik Berita CATS - BBcats

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin di Serian, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar raya Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini, anggota dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi. 

“Kebakaran melibatkan blok pentadbiran yang menempatkan bilik guru di tingkat atas bangunan yang musnah 100 peratus.

“Menurut pengawal keselamatan sekolah, ada bunyi letupan dari sebelah hujung bahagian kanan atas bangunan tersebut pada awal kejadian...kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya berkata, kementerian akan mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman tahun lepas. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad