web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


16 Kematian Baharu COVID-19, Johor Catat Angka Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 11:30AM

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi COVID-19 setakat tengah malam tadi, diikuti dengan Sabah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak dua kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,644 kes dengan 6,384 daripadanya adalah kes BID.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Sabah (tiga) serta Kedah dan Selangor masing-masing dua kes. 

Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak pula masing-masing merekodkan satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,697 kes aktif dilaporkan dengan 32,528 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,546 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,369 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 254 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 114 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,447 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah 2,780,080.

Dalam pada itu, sebanyak 216,668 dos vaksin diberikan semalam iaitu 210,658 dos penggalak, 2,627 dos pertama dan 3,383 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25, 643,935 atau 78.5 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad