web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kampung Baru, Dakwaan Khalid Tidak Benar - PKB

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 8:17AM

Pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat pada 10 Disember lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berhubung tiada pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, adalah tidak benar.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan, sesi perjumpaan antara Shahidan bersama pemilik diaturkan pada 6 Disember lepas di Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala perjumpaan bersama pemaju diadakan 8 Disember lalu, bagi menyelesaikan isu berbangkit pengambilan tanah di kampung berkenaan.

“Hasil perjumpaan berkenaan, Menteri Wilayah Persekutuan meminta pemaju untuk mengkaji semula tawaran atau pakej yang lebih baik untuk diberikan kepada pemilik Kampung Sungai Baru, bagi membantu mereka mendapat sebuah rumah dan wang tunai,” menurut PKB dalam kenyataan semalam.

PKB memaklumkan pada 10 Disember, pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

“Pakej Harmoni menawarkan sebuah unit kediaman berkeluasan 900 kaki persegi yang bernilai RM300,000, dengan jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima oleh pemilik flat dipulangkan separuh kepada pemaju.

“Sebagai contoh, pemilik yang menerima pampasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000 boleh memiliki pakej ini dengan harga RM125,000 sahaja,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kediaman Pakej Harmoni dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air berserta satu petak aksesori tempat letak kereta, sementara pakej itu bagi pemilik teres pula akan ditawarkan semasa siasatan pengambilan tanah yang diadakan kelak.

Bagi projek pembangunan semula Kampung Baru dijangka mengambil masa 10 tahun dan dilaksanakan secara berperingkat, bagi memastikan aliran tunai pemaju mampu untuk menampung pelaksanaan pembangunan bagi plot berikutnya dalam tempoh tersebut.

“Pendekatan dan tindakan segera Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan isu ini telah menyelesaikan isu pemilik tanah terlibat dengan pengambilan tanah,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 5 Januari lepas, Khalid dilaporkan berkata sehingga kini, tiada pertemuan dibuat antara pemaju dan pemilik tanah Sungai Baru, Kampung Baru dengan Shahidan bagi menyelesaikan isu berbangkit pengambilan tanah di kawasan berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 49 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad