web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Pengambilan Pembantu Rumah Asing Kali Pertama RM1,136 - Imigresen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 3:07PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen hanya mengenakan kadar bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kali pertama, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata jumlah tersebut merangkumi bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran berkaitan.

Menurutnya, majikan bebas memilih pembantu rumah asing dari Filipina, Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal mahupun Laos kerana kerajaan tidak mengehadkan negara sumber bagi urusan pengambilan PRA.

“Bagaimanapun, setiap pengambilan PRA perlu mematuhi syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) apabila tiba di negara ini,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan mengenakan bayaran tinggi mencecah lima angka bagi proses pengambilan PRA, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada Rabu lepas (5 Januari).

Dalam pada itu beliau berkata sehingga 31 Disember lepas, seramai 88,173 PRA memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Majikan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai prosedur permohonan PRA boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen www.imi.gov.my atau media sosial rasmi jabatan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam