web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan Rosmah Batal Kes Rasuah, Gugur Sri Ram Ditetapkan 24 Mac

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 2:52PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rayuan akhir Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

"Kedua-dua pihak perlu memfailkan hujahan masing-masing pada 9 Mac ini," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah.

Rosmah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Disember lepas yang menolak rayuannya bagi membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon Rosmah dan membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September tahun lepas.

Rosmah kini di peringkat membela diri terhadap pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh RM1.25 bilion projek untuk melengkapkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan tenaga solar hibrid.

Perbicaraan kes itu akan bersambung 10 Januari ini dengan Najib akan memberi keterangan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik