web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Umrah: SAFTTA Akur, Minta Perbaiki SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 8:08AM

Beberapa jemaah bersiap sedia untuk mendaftar masuk (check in) di hadapan kaunter daftar masuk semasa tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) akur dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan, namun berharap prosedur operasi standard (SOP) ketika ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat diperbaiki dalam tempoh penangguhan ini.

Presidennya, Dr Fathir Badri Alhadad berkata ini susulan dari pengalaman pihaknya keadaan di pintu masuk agak sesak, terutamanya pada waktu puncak ekoran terlalu ramai pengembara yang berkumpul di kawasan yang terhad untuk menjalani pemeriksaan, yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Adalah menjadi harapan kami agar tempoh sebulan ini tidak dilanjutkan dan seterusnya dapat membantu agensi pelancongan menjadualkan semula perjalanan Jemaah mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya memperketatkan SOP semasa ketibaan jemaah umrah adalah lebih praktikal daripada menangguhkan perjalanan ibadah tersebut, disebabkan kerugian yang akan ditanggung oleh jemaah umrah. 

SAFTTA dianggotai 580 syarikat yang terdiri daripada agensi pelancongan, perhotelan, inapdesa, taman tema dan syarikat berasaskan pelancongan.

Terdahulu media melaporkan kerajaan bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari ini selama sebulan, bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan COVID-19 varian Omicron dibuat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja