web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan KKM Bukan ‘Pilih Kasih’, Tetapi Elak Kes Omicron 30,000 Sehari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:02PM

Daripada 245 kes Omicron di Malaysia, 233 adalah kes import. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif COVID-19 yang membabitkan varian Omicron di Malaysia sudah mencecah 245 kes setakat hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 233 kes adalah kes import, manakala 12 kes penularan tempatan.

Katanya, sebanyak 157 kes atau 64.08 peratus daripada jumlah keseluruhan itu dikesan dalam kalangan jemaah Umrah.

“Perkembangan semasa Omicron di Malaysia adalah sebanyak 44 kes positif COVID-19 disahkan varian itu melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan tujuh kes positif jangkitan tempatan di Sarawak, disahkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Daripada 44 kes jangkitan import, 29 kes adalah dari Arab Saudi, manakala kes Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kazakhstan membabitkan masing-masing lima kes, United Kingdom (3), Amerika Syarikat (1) dan Tanzania (1).

“Sebanyak 72 lagi kes positif varian Omicron disahkan IMR sebentar tadi dan 59 daripada kes ini adalah dari Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen dan disiarkan secara maya di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Khairy, apa yang membimbangkan adalah kes jangkitan harian COVID-19 dikhuatiri bakal mencecah 30,000 kes sekiranya KKM tidak mengambil sebarang langkah untuk membendung gelombang Omicron.

Ketika mengutarakan kebimbangan itu, beliau berkata, keputusan penangguhan sementara umrah dilihat sebagai antara langkah terpaksa dipertimbangkan bagi mengekang penularan varian berkenaan.

“Jika keputusan sukar ini tidak dilakukan segera, kadar jangkitan COVID-19 berupaya melambung sehingga ke paras 15,000 kes dalam tempoh 24 jam untuk tempoh Januari dan bulan depan.

“Ini hasil unjuran KKM menerusi model Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) yang menggunakan kadar kebolehjangkitan (Rt) sebagai sandaran, iaitu masing-masing pada 0.95, 1.2 dan 1.6,” katanya.

Khairy menegaskan, walaupun jangkitan Omicron tidak seteruk Delta, tetapi sekiranya kes virus terbabit mencecah sehingga 30,000 sehari, kemasukan ke hospital akan terus meningkat, sedangkan sistem kesihatan baru sahaja pulih dan menunjukkan penurunan.

“Sistem kesihatan kita baru saja nak pulih, berdasarkan kepada data setakat 30 September 2021, ada 57,355 kes tertunggak di hospital KKM dengan 53,785 ialah berdasarkan kes pembedahan, manakala 3,570 kes rawatan perubatan.

“Walaupun pesakit COVID-19 hanya berada pada tahap kategori 1 dan 2, tetapi kemasukan ke hospital akan meningkat,” ujarnya.

Pada masa sama, Khairy menafikan dakwaan bahawa kerajaan mengambil keputusan secara pilih kasih apabila melakukan pemantauan khusus terhadap pengembara dari Arab Saudi.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan kebanyakan kes positif varian Omicron dikenal pasti dibawa masuk dari negara berkenaan.

“Daripada 1,842 kes positif direkodkan dalam kalangan pengembara di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada minggu terakhir 2021, 1,558 kes adalah membabitkan pengembara dari Arab Saudi.

“Kedua tertinggi ialah pengembara dari Turki, iaitu sebanyak 84 kes, manakala UAE dan UK masing-masing merekodkan 50 kes serta 47 kes,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad