web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIER Bantah Gesaan Pengeluaran Wang KWSP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 6:41PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) membantah gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana tambahan daripada ‘tabung persaraan’ itu.

Menurut MIER, pengeluaran KWSP perlu berteraskan alasan ekonomi yang kukuh dan simpanan itu bukan dirangka untuk menangani bencana serta pandemik.

Sebaliknya, MIER berkata, KWSP bertujuan memastikan pencarumnya menikmati kehidupan lebih baik selepas bersara.

“Ini ditambah lagi dengan hakikat bahawa Malaysia dijangka lebih cepat mencapai taraf masyarakat menua.

“Malaysia hanya tinggal sembilan tahun untuk menjadi negara menua pada 2030.

“Pengeluaran KWSP sekali lagi akan memberi tekanan tambahan kepada kos penjagaan kesihatan, jaminan pendapatan dan aliran pendapatan selepas persaraan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut MIER, skim pengeluaran yang diwujudkan kerajaan sebelum ini, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah keseluruhan RM101 bilion, menyebabkan pengurangan dana persaraan kritikal bagi sebahagian besar ahli KWSP walaupun mampu memberikan sedikit bantuan kewangan kepada mereka.

“Pengeluaran besar-besaran itu menyebabkan sebanyak 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP masing-masing dengan 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.

“Tahap ini ternyata jauh daripada nilai ambang sebanyak RM240,000 sebagai simpanan menjelang umur 55 tahun untuk ahli menikmati persaraan yang baik,” katanya.

Selain itu, MIER menegaskan bahawa tiga skim pengeluaran KWSP berkenaan adalah langkah jangka pendek yang perlu dielak sejak awal dan tidak boleh diulang.

Justeru, katanya, beberapa langkah jangka masa panjang adalah penting untuk diambil kerajaan bagi memastikan ahli mempunyai simpanan mencukupi ketika persaraan.

Usaha itu, jelasnya, termasuk meningkatkan sedikit kadar caruman majikan untuk pekerja melebihi had nilai ambang tertentu.

“Kerajaan juga perlu mempertimbangkan strategi perlindungan sosial dan jaringan keselamatan sosial dengan lebih luas, iaitu pelan serta skim luar jangka yang boleh dimulakan dalam menghadapi bencana dan krisis lain.

“Dana bantuan bencana turut perlu dipertimbangkan. Liputan dan perlindungan sosial mencukupi, terutama terhadap mereka yang bekerja sendiri dan berada dalam sektor tidak formal harus diperkukuhkan,” menurut badan pemikir ekonomi itu.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, KWSP tidak seharusnya dilihat sebagai penyelesaian atau langkah untuk mengatasi cabaran semasa.

Ini kerana, katanya, ia akan menjejaskan simpanan persaraan pencarum, terutama sekiranya Malaysia mencapai status negara menua menjelang 2030. - Getaran, 6 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad