web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azam Harus ‘Gentleman’ Untuk Disiasat Sekiranya Di Pihak Benar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 11:47AM

Azam Baki - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seharusnya berani dan ‘gentleman’ untuk disiasat secara telus berhubung skandal integriti dikaitkan dengan dirinya sekiranya beliau berada di pihak benar.

Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya, berkata, Azam juga perlu meletakkan jawatan atau bercuti daripada jawatan berkenaan sepanjang siasatan itu dijalankan.

Jelasnya, PEMBELA melihat kes terbabit sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.

“Defisit kepercayaan terhadap SPRM bukannya baharu, tetapi hasil daripada pelbagai siri skandal dalaman SPRM.

“PEMBELA tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan pihak kami berkaitan kes pencerobohan tanah, khususnya di Pahang walaupun pelbagai bukti terbongkar, seperti sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, isu berkaitan Azam hangat diperkatakan apabila beliau didakwa memiliki saham dan kepentingan besar di dalam syarikat senarai awam ketika menjadi pengarah di sebuah bahagian di SPRM.

Beliau turut dituduh mempunyai kawalan ke atas beberapa syarikat, termasuk konglomerat.

Namun, Azam menafikan dakwaan dan tuduhan itu, malah menganggapnya sebagai penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif terhadap beliau serta menjatuhkan reputasi SPRM.

Bagaimanapun, pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menggesa siasatan penuh dilakukan bagi mengekalkan imej SPRM sebagai badan boleh dipercayai serta profesional.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihak polis dan pihak berkaitan, seperti Jawatankuasa Khas Parlimen perlu diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh serta telus terhadap kes Azam dan SPRM.

“PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti, terutama yang membabitkan badan penguat kuasa seperti SPRM.

“Kepincangan dalam SPRM perlu diperbetulkan segera,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek