web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hantar Rakyat Terengganu Bekerja di Selangor, Kerajaan Negeri Terima Kecaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:59PM

Kerajaan negeri Terengganu telah mengadakan program pelepasan pekerja Terengganu ke sebuah kilang di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu,

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pakatan Harapan (PH) Terengganu menyelar tindakan kerajaan negeri yang sebelum ini berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan, tetapi sebaliknya bertindak menghantar mereka bekerja di Selangor.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tindakan itu sebenarnya jelas membuktikan kegagalan PAS mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan sebagaimana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lepas.

"Dasar kerajaan Terengganu yang tidak mesra pelabur dan lembap membuatkan golongan itu menjauhi Terengganu.

"Pengumuman semata-mata untuk saham politik seperti sekatan serta garis panduan ketat hiburan, riadah dan pelancongan membuat syarikat luar memandang negatif untuk melabur di kilang dan perusahaan Terengganu," katanya kepada media.

Menurut beliau, langkah menghantar sejumlah besar rakyat negeri itu bekerja di Selangor juga dilihat satu pengakuan terhadap kemajuan Selangor di bawah pentadbiran PH, yang selalu menjadi mangsa cercaan PAS.

"Dengan berbilion ringgit dari hasil lumayan minyak dan gas, PAS Terengganu masih buntu idea dan gagal membantu rakyat," katanya

Sabtu lalu, kerajaan negeri mengadakan program pelepasan pekerja Terengganu ke sebuah kilang di Shah Alam, Selangor sebagai usaha mengurangkan indeks pengangguran di negeri itu.

Program itu diumumkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Dr Alias Razak menerusi hantaran di laman media sosial, namun ia kritik hebat ramai pihak yang menganggap ia sebagai kegagalan kerajaan negeri. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad