Berita Terkini

54 minit yang lalu: Pengurusan kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib-Irwan Serigar pada 1 Mac 2 jam yang lalu: Kanada akan hantar 400 tentera bantu pasukan di Ukraine 3 jam yang lalu: 203,943 individu dewasa terima dos penggalak semalam 5 jam yang lalu: Tiada plasebo dalam vaksin COVID-19 PICK - KKM 5 jam yang lalu: Banjir: Bidang pertanian, perikanan dan penternakan alami kerugian lebih RM90 juta

IKUTI KAMI


Bukan Salah Kanak-Kanak Mengemis, Tapi Kerajaan Gagal Beri Perlindungan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:13PM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa klip video kanak-kanak etnik Rohingya mengemis di jalanan dengan gaya samseng yang tular di media sosial muktahir ini terus menjadi bualan hangat netizen.

Etnik tersebut kini dikesan 'mendominasi' lampu isyarat di sekitar Kuala Lumpur, menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan mereka yang mengetuk tingkap kereta bagi meminta sedekah.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata warga maya mengecam tindakan tersebut dan menggesa pihak berkuasa bertindak segera mengatasi masalah berkenaan.

Namun, lain pula halnya apabila Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said seolah-olah mempertahankan kanak-kanak etnik tersebut dan berpandangan, golongan itu tidak seharusnya dipersalahkan.

Beliau menjelaskan, perbuatan itu membuktikan kerajaan gagal memberikan perlindungan sebaiknya sehingga wujudnya kanak-kanak yang mengemis di negara ini.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya dipersalahkan apabila kehidupan mereka berakhir di jalanan. Kami (kerajaan) gagal memberikan perlindungan yang mencukupi apabila mereka menjadi pengemis dan juga terdapat permintaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mereka melakukan perbuatan tersebut.

“Di manakah Majlis Penyelarasan bagi melindungi kanak-kanak (seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021),” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina yang juga bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut berkongsi tangkapan layar Seksyen 32 dan Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membuktikan keperluan kerajaan dalam membela pengemis di kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan Seksyen 32, mana-mana orang yang menyebabkan kanak-kanak bagi mengemis atau menawarkan apa apa jualan merupakan satu kesalahan yang boleh disabitkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi Seksyen 33 di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 pula menyatakan sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak menyediakan perlindungan dan pegawasan sebaiknya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan selaras konsep Keluarga Malaysia dan pelantikan negara untuk menduduki kerusi Human Rights Council (HRC), kerajaan bertanggungjawab melindungi semua kanak-kanak di negara ini tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, kelahiran atau status-status lain.

Ismail Sabri berkata, Malaysia juga kekal komited memberi perlindungan kepada kanak-kanak terutamanya dari golongan rentan, mangsa keganasan seksual, keganasan rumah tangga dan kanak kanak dalam tahanan di samping penubuhan program Alternative to Detention (ATD).

Perdana Menteri berkata dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.

Dasar itu, katanya, selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

Ismail Sabri menegaskan, Malaysia berpegang teguh dengan matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), agar tiada kanak-kanak yang terpinggir dalam pembangunan negara dan mereka berhak untuk hidup dengan selamat serta gembira.

Semalam, Getaran melaporkan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang menyifatkan aktiviti mengemis di jalanan itu boleh memalukan dan mencemarkan imej negara.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan situasi mengemis di jalanan dalam kalangan kanak-kanak etnik Rohingya menjadi semakin parah. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tanah Mendap: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan

2

Kerepek Ngaku, Jadi Buruan Ketika Tahun Baharu Cina

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PLUS Nasihat Pengguna Ikut Jadual TTA

Semasa 22 jam yang lalu

Berburu, Memancing Antara Punca Kebakaran Hutan

oleh Nik Khaleef Fitri

Semasa 21 jam yang lalu

Tanah Mendap: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan

Semasa 17 jam yang lalu

Penjaja, Pelanggan Bimbang 3 Tiang Pasar Sri Tanjung Retak

oleh Ardyhansah Amat