web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


''Ini Semua Satu Pembohongan'' - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 5:38PM

Azam Baki - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lama membisu, akhirnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki tampil menafikan dakwaan beliau mempunyai kawalan ke atas beberapa syarikat sebagaimana yang tular di media sosial sebelum ini.

Malah beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan pembohongan semata-mata.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Tegas beliau, akaun itu digunakan adiknya, Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli.

“Saham dibeli oleh adik saya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM,” katanya.

Malah beliau menjelaskan tindakan adiknya menggunakan nama beliau untuk membeli saham tersebut tidak seharusnya dijadikan isu.

“Sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka,” katanya.

Sehubungan itu, Azam tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya dan SPRM.

"Mereka menggunakan segala kemungkinan untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap SPRM sebagai sasaran serangan mereka.

“Kami tahu siapa dan apa agenda mereka,” katanya.

Abu Zahar Ujang - Gambar Alif Omar
Abu Zahar Ujang - Gambar Alif Omar

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata panel lembaga berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung isu tersebut.

Katanya, panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Susulan itu, beliau berpandangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berkenaan memandangkan ia boleh diselesaikan.

“Bagaimanapun saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahu siasatan lanjut dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Abu Zahar turut mencabar ahli akademik, Profesor Dr Edmund Terence Gomez untuk membuktikan bahawa beliau telah menghantar e-mel bagi menunjukkan Azam terlibat dalam salahguna kuasa.

Tegasnya, beliau tidak menerima sebarang dokumen berkaitan dakwaan tersebut daripada Edmund yang juga bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

“Jika anda (Edmund) mempunyai bukti, datang dan tunjukkan kepada saya. Saya tidak menerima apa-apa.

“Saya tidak akan menafikan sekiranya saya telah menerimanya. Mengapa saya mahu melakukan perkara itu?” soalnya.

Terdahulu, Edmund meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Edmund dalam surat peletakan jawatannya yang tular di media sosial berkata, timbul persoalan mengenai 'hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa' dan situasi 'konflik kepentingan' membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran