web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salah Guna Kuasa, Pengarah Majlis Perbandaran Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 3:07PM

Muhamad Tarmymy Che Ani mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan salah guna jawatan dan kemuka dokumen palsu di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan salah guna jawatan dan mengemukakan dokumen palsu.

Muhamad Tarmymy Che Ani, 41 didakwa menggunakan jawatan disandang untuk mendapatkan suapan bagi saudaranya, dan mengemukakan dokumen dipercayai palsu pada 2019. 

Tertuduh memohon dibicarakan sebaik kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad. 

Dalam pertuduhan pertama, Muhamad Tarmymy yang merupakan pegawai badan awam iaitu jurutera gred J48 didakwa menggunakan jawatan tersebut untuk mendapatkan suapan bagi keluarganya, dengan mencadangkan Syarikat Sagur Ria Enterprise kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah bagi melakukan kerja menurap serta menyelenggara jalan di Taman Tiram, Kulim berjumlah RM200,000. 

Syarikat tersebut didakwa dimiliki bapa serta adiknya dan berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama. 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi kesalahan kedua dan ketiga pula, bapa kepada seorang anak itu didakwa menggunakan dokumen dipercayai palsu.

Kedua-dua dokumen tersebut adalah Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga bertarikh 27 November 2019 dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga, Peruntukan Projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) Tahun 2019, Fasa 2 MPKK bertarikh 27 November 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 5 Disember 2019 dan 26 Disember 2019 di Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. 

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama. 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 9 Februari depan. 

Tertuduh difahamkan membayar jaminan ditetapkan itu. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad