web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ABIM Gesa Moratorium Pembalakan Tangani Perubahan Iklim, Lebih 200,000 Tandatangan Petisyen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 1:55PM

ABIM bersama PEKA telah melancarkan petisyen dalam talian bagi menggesa moratorium khas dilaksana untuk menghentikan penebangan hutan buat sementara waktu. - Gambar dari Twitter @abimalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengeluarkan satu perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan yang dijalankan buat masa ini.

Gesaan itu dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), melalui satu petisyen yang dilancarkan dalam talian baru-baru ini.

Petisyen bertajuk ‘Henti Pembalakan & Kemusnahan Alam Sekarang!’ itu sudah ditandatangani lebih 202,648 individu setakat hari ini.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, aktiviti pembalakan yang berleluasa dan penebangan hutan tanpa kawalan adalah punca utama berlakunya perubahan iklim.

“ABIM menegaskan bahawa bencana banjir besar yang sering berlaku berulang kali tanpa jangkaan adalah berpunca daripada situasi perubahan iklim.

“Perubahan iklim menyebabkan berlakunya ketidaktentuan cuaca seperti yang berlaku sekarang dengan keadaan ketidakbolehjangkaan sesuatu musim mengikut masa kebiasaan seperti musim tengkujuh,” katanya.

Tegasnya lagi, situasi itu mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa.

“Maka, ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi. 

“Oleh itu, pihak berkuasa dan masyarakat harus menitikberatkan isu perubahan iklim yang berlaku yang pasti menjadi faktor utama kepada masalah banjir,” katanya.

Menurut Muhammad Faisal yang juga Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN), hutan adalah kaedah paling murah dan berkesan dalam menangani isu perubahan cuaca dan iklim ini. 

“Hutan amat berkesana memerangkap karbon diaoksida iaitu gas yang menjadi punca kepada perubahan iklim.

“Maka ia wajib dipertahankan malah kawasan hutan perlu diperbanyakkan lagi sekiranya kerajaan semasa benar-benar serius mahu menangani isu perubahan iklim dan cuaca ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berpendapat kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berhadapan dengan masalah untuk mengeluarkan perintah tersebut kepada semua negeri jika kerajaan benar-benar mempunyai kemahuan politik yang tinggi. 

“Hal ini bukanlah suatu yang luar biasa, disebabkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pernah mengeluarkan perintah sama ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang,” katanya.

Dalam perkembangan lain Muhammad Faisal berkata, ABIM menyambut baik arahan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, kelmarin untuk menangguhkan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak.

Katanya, arahan tersebut seharusnya diikuti pihak berkuasa di negeri-negeri lain seluruh negara bagi memastikan usaha memelihara alam ini dapat dijayakan secara holistik dan berkesan. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad