web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Lemas, Rakan Hilang Ketika Keluar Memancing 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 1:16PM

Pasukan penyelamat masih menjalankan gerakan bagi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang di perairan Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan, Kudat. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Seorang lelaki lemas manakala rakannya masih hilang ketika keluar memancing sejak Sabtu lalu, di perairan sekitar Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan, dekat sini.

Mayat Laurun Maujun, 53, ditemui penduduk kampung di perairan Kampung Selamat, Pulau Balambangan, jam 3 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander (M) Boon Chin Chau berkata, terdahulu, mangsa bersama rakan, Kamri Kail, 51, keluar memancing menaiki sebuah bot kayu pada jam 8 pagi, Sabtu lalu.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

"Bimbang perkara buruk berlaku, ahli keluarga kemudian menghubungi pihak berkuasa pagi semalam, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan," katanya.

Tambahnya, penduduk kampung kemudian menemui satu mayat terapung di perairan Kampung Selamat dan disahkan sebagai Laurun.

"Bagaimanapun, sehingga jam 8 pagi tadi, seorang lagi mangsa masih belum ditemui.

"Usaha SAR masih giat dilakukan dan turut mendapat kerjasama daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayan Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah mengingatkan agar komuniti maritim di negeri ini peka dengan tahap keselamatan ketika berada di laut.

"Merujuk kepada ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang serta laut bergelora kategori pertama dilaporkan berlaku semalam dan berterusan sehingga esok.

"Dengan kelajuan angin sehingga 50 kilometer sejam, ketinggian ombak dijangka mencecah sehingga 4.5 meter adalah berbahaya untuk bot kecil," katanya. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad