web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penebang Balak Dilaknat, Kepala Direndam Dalam Neraka - Mufti Perlis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 12:58PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penebang balak tanpa mengira latar belakang, sama ada dari golongan bawahan atau bangsawan akan dilaknat dan kepalanya direndam dalam api neraka, kata Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut beliau, perkara itu dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW iaitu amaran mengenai hukuman terhadap penebang pokok bidara yang menjadi teduhan orang ramai.

“Hadis itu menyebut, ‘Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya dalam neraka’ (Riwayat Abu Daud, al-Nasai dalam al-Kubra, al-Baihaqi dll. Hadis sahih),” katanya di laman sesawang Mufti Perlis, hari ini.

Menurut Mohd Asri, hadis tersebut memberikan amaran, Allah SWT akan merendahkan, menekan atau merendam kepala perosak tumbuh-tumbuhan yang dapat menjadi teduhan orang ramai dan haiwan dalam neraka.

Katanya lagi, hadis-hadis yang memberikan amaran yang dahsyat sebegini menunjuk perbuatan yang dilarang dan dikategorikan sebagai al-Kabair iaitu dosa-dosa besar.

“Para ulama dahulu berbincang tentang maksud hadis ini. Ada yang kehairanan mengapa pula diharamkan memotong pokok bidara? Ada yang berpendapat ia khas untuk Makkah. Ada yang berpendapat hukum ini telah dimansuhkan. 

“Namun, jawapan al-Imam Abu Daud memberikan makna mudah difahami mengenai hadis ini iaitu mereka yang memusnah tempat berehat atau berteduh musafir atau haiwan. Keadaan panas mendesak manusia dan haiwan mencari perlindungan. Pokok dan pohon yang rendang memayungi manusia dan haiwan daripada kepanasan,” katanya.

Mohd Asri berkata, sesiapa yang memusnahkan tempat perlindungan panas manusia dan haiwan ketika sangat memerlukan tanpa sebarang alasan, termasuk dalam golongan sangat jahat. 

“Jadi, tidak hairan jika kepala mereka direndam ke dalam neraka.

“Jika memusnah pokok tempat berteduh ketika kepanasan direndam atau direndahkan kepala dalam neraka, bagaimana pula bagi yang menebang pokok-pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tindakan memotong balak bukan saja menyebabkan manusia hilang tempat berteduh, malah ia menyebabkan kemusnahan tempat tinggal, keluarga, tempat kerja, masjid, rumah ibadat dan sebagainya.

“Bukan sahaja musafir yang melakukan perjalanan, bahkan manusia yang menetap di sesuatu kawasan sejak sekian lama kehilangan segalanya. Apakah lagi kedajalan dan kejahatan yang lebih besar daripada itu?

“Maka, perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat merupakan jenayah dunia dan akhirat. Tanpa mengira siapa pun pelakunya, sama ada golongan bawahan atau bangsawan, ahli politik atau ahli peniagaan, ke atas mereka laknat rakyat,” katanya. – Getaran, 5 Januari 2022
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar